Wednesday, March 30, 2011

PARTI BERTEMA "FAIRY GIRL"

Kami di KPZ telah mengadakan parti bertema Fairies untuk seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun. Ia diadakan di perkarangan rumah dan merupakan jamuan kecil yang diadakan dengan bilangan tetamu yang terhad.Parti ini dianjurkan untuk kenalan terdekat sahaja kerana "Birthday Girl" merupakan seorang yang pemalu. Walaubagaimanapun, parti berjalan lancar dengan aktiviti dan dekorasi yang menarik dan menimbulkan suasana seperti di taman "fairy". Meja dihias agar semua jemputan kecil yang hadir dapat duduk bersama untuk menikmati juadah.

Disebabkan "Birthday Girl" masih kecil, aktiviti adalah agak bebas dan suasana telah dihidupkan dengan susun atur meja jamuan serta hiasan berasaskan fairies. Dengan bilangan kanak2 yang sedikit, kami dapat menyediakan party favors yang mengandungi pelbagai barang permainan.

Perbelanjaan adalah terhad dimana kebanyakan hiasan yang ada merupakan "DIY projects" yang boleh dilakukan sendiri dan ini termasuklah kek harijadi untuk "Birthday Girl". Untuk mendapatkan suasana didalam hutan, kami telah menggunakan daun2 plastik yang digantung dari siling dan menjurai kebawah (boleh dibeli dikedai-kedai serbaneka) , di selang seli dengan crepe paper berwarna hijau (kedai alat tulis). kami juga telah menggantungkan gambar "fairy tinkerbell" serta gambar bunga yang telah dilekatkan kepada foam tebal. Minuman mineral yang diberikan kepada kanak-kanak telah dilabelkan dengan nama masing-masing untuk mendapat sentuhan personal.

Yang penting, jamuan itu begitu menghiburkan dan bajet dan keadaan masih terkawal. Dan lihatlah muka gembira "Birthday Girl"...