Saturday, April 23, 2011

PARTI RAMA-RAMA


Puan Syah ada menghantar email untuk mendapatkan idea untuk parti harijadi anak perempuannya. Terlalu banyak idea yang ingin saya cadangkan tetapi yang saya amat gemari untuk kanak-kanak perempuan adalah parti bertema rama-rama. Tema ini begitu sinonim dengan tema alam semulajadi maka pelbagai warna boleh di gandingkan dengan tema ini.

Tema ini amat bersesuaian sekiranya dapat diraikan di taman ataupun perkarangan rumah yang mempunyai pokok-pokok ataupun bunga-bunga didalam pasu.

Untuk kostum, Puan Syah boleh membuat sendiri  rama-rama dari kadbod dan meletakkan dua gelung tali untuk disangkut ke bahu. Ia juga boleh didapati di kedai-kedai serbaneka pada harga yang berpatutan dan seringkali dipakejkan bersama denga mahkota plastik yang boleh diletak diatas kepala.

Untuk hiasan saya cadangkan Puan Syah untuk menggunting pelbagai saiz rama-rama kertas. Untuk kepingan yang besar, boleh juga ditampalkan keatas kadbod dari kotak-kotak berlebihan sebelum di lipat kepaknya dan di letakkan diatas pokok-pokok bunga atau dimana sesuai. Rama-rama juga boleh dilekatkan kepada batang lidi agar boleh dihias diatas meja hidangan. Dibawah adalah salah satu site yang menunjukkan cara-cara membuat hiasan rama-rama.

http://familycrafts.about.com/od/paperplatecrafts/ss/ppbutterfly.htm

Untuk hidangan, cupcakes yang dibuat atau ditempah juga boleh dihiasi dengan dekorasi berbentuk rama-rama. Hiasan cupcakes yang paling mudah adalah dengan menggunakan ising putih dan menggunakan beberapa perwarna untuk piping gel yang akan dihias diatas cupcakes tersebut. Sekiranya puan ingin lebih kelainan, puan juga boleh menempah deko cookies yang berbentuk rama-rama.

Adalah lebih anggun sekiranya tema rama-rama ini digabungkan dengan warna-warna kegemaran kana-kanak perempuan iaitu warna pink atau purple.

Saya mengucapkan selamat mencuba. Sekiranya ingin lebih idea, posting KPZ bertajuk "Fairy Girl" juga boleh dijadikan rujukan.  

POSTING PILIHAN: SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERTAMA KHALED.

Saya amat teruja apabila melihat gambar-gambar yang dihantar oleh mama Khaled. Khaled amat bertuah mempunyai mama yang begitu kreatif. Selain dari mengambil tema pinwheel yang telah dicadangkan, mama Khaled juga telah membuat persiapan lain yang begitu kreatif dan boleh dikongsi bersama dengan para ibubapa yang lain. Terima Kasih kerana berkongsi gambar dengan KPZ.