Friday, May 20, 2011

Parti Harijadi Bertema Bola Dan Kembar Famous

Sebelum saya meneruskan posting minggu ini, saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada pelawat-pelawat KPZ yang telah banyak memberi pandangan serta meminta pendapat dari pihak KPZ. Sumbangan idea serta pandangan anda sangat kami hargai.

Posting kali ini adalah buat Puan Mimi yang akan menyambut harijadi putera beliau akhir bulan May ini. Maaf sekiranya posting ini agak lambat sedikit.
Si kembar berdua ni memang sangat famous dan begitu comel sekali, maka tidak hairanlah sekiranya anak Puan meminati mereka.. Kalau diperhatikan, warna tema yang boleh digunakan untuk parti ini adalah warna kuning dan warna biru iaitu mengikut tema baju kembar. Dan untuk memeraihkan lagi parti ini, saya cadangkan tema bola diselitkan sekali.

Hiasan dinding bolehlah mengunakan gambar sikembar seperti diatas tetapi jangan lupa mencetak gambar anak puan dan diletakkan diantara kedua-dua gambar tersebut. Tentu anak puan akan gembira .Ini bolehlah diselang-selikan dengan baju jersey bola yang diperbuat dari kertas warna seperti contoh keychain dibawah ini. Selain memkaikan jersey bola pilihan untuk anak Puan pada parti ini nanti, Puan juga boleh menyarankan agar jemputan parti hadir memakai baju jersey bola untuk memeriahkan lagi suasana. 



Pelbagai kek mengikut kedua-dua tema ini berada dipasaran termasuk cupcakes dan juga biskut . Disini saya sertakan URL yang mempunyai idea serta contoh-contoh untuk puan dapatkan idea.Gambar kek dibawah adalah untuk parti harijadi yang pernah kami adakan.

http://kaoricake.com.my/blog/2009/07/im-upin-ipins-fan/
https://picasaweb.google.com/dianadelight.profiles/UpinIpin#


  

Permainan yang disarankan dan sesuai dimainkan tanpa mengikut usia adalah permainan bola kertas. Gumpalkan kertas suratkhabar sehingga membentuk bentuk bola dan dicatkan warna biru dan kuning. Walaupun anak puan seorang yang pemalu, saya yakin di akan teruja untuk turut serta. Gantungkan juga bola-bola ini sebagai hiasan.Stiker si kembar ini juga senang didapati dan boleh dilekat di atas bola-bola kertas ini.

Saya harap cetusan idea dari pihak KPZ dapat membantu Puan Mimi dalam perancangan partiharijadi anak Puan.