Saturday, June 9, 2012

PARTI BERTEMA"POLKADOTS" ATAU "LADYBIRD"

Idea parti bertema yang ingin KPZ kongsikan kali ini adalah tema Polka-Dots.Diharap ia dapat membantu Puan Lynn dari Putrajaya untuk merancang parti harijadi anaknya pada bulan Julai nanti.

Tema polka-dots merupakan tema yang sangat comel terutamanya untuk kanak-kanak yang masih kecil. Polka dots boleh dikaitkan dengan kumbang "ladybird" dimana warna merah hitam boleh menjadi warna tema majlis atau warna- warna pastel yang lain. Untuk memeriahkan lagi suasana dimajlis, sampaikan kepada tetamu bahawa tema adalah polka dots dan sekiranya mereka boleh hadir memakai pakaian bercorak polka dots yang juga senang didapati. Baju "birthday girl" girl dibawah adalah bertema polka dots hitam dengan background merah. 

Untuk hiasan, pastikan anda mempunyai sticker label yang berbentuk bulat pelbagai warna dan saiz yang boleh didapati di kedai-kedai alat tulis. Sekiranya anda mempuyai masalah untuk mencari belon, kain lapik meja  yang mempunyai corak polka-dots atau harga belon seperti itu agak mahal, lekatkan saja sticker-sticker tadi di atas belon, kain lapik meja dan juga boleh dilekatkan di baju.






 

Pinggan kertas pelbagai warna asas juga boleh digantungkan sebagai happy birthday banner. agak sukar untuk mendapat pinggan sebegini yang murah tapi mungkin ada di pasara Giant atau Cold Storage.




Untuk makanan sampingan bolehlah disajikan makanan yang berbentuk bulat seperti bebola daging dengan sos prego asli, donut kecil bulat , apam polka dot dan air botol bolehlah dihias dengan label sticker yang dibuat sendiri seperti air fanta strawberry di bawah ini. 




Untuk anak yang kecil saya tidak sarankan sebarang permainan sebaliknya anda bolehlah menyiapkan satu meja yang diletakkan pensel mewarna dan pelbagai buku mewarna kecil yang boleh diberikan untuk tetamu kecil yang hadir.

Saya harap cadangan saya diatas ini dapat memberi cetusan idea untuk Puan Lynn merancang parti harijadi anak. Selamat merancang.