Wednesday, March 3, 2010

Parti Bertema untuk Anak Anda.

Mengadakan parti bertema untuk anak anda memerlukan perancangan awal dan teliti tetapi ia pasti menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan buat anda seisi keluarga. Parti bertema sangat mengujakan kanak-kanak pelbagai umur dan ia menggalakkan imaginasi kanak-kanak yang hadir. 


Perkara yang berikut adalah sesuai untuk diberi perhatian apabila memilih dan menetapkan tema.


1. Membuat senarai tema yang anda rasa sesuai untuk anak anda. Senarai haruslah tidak terlalu panjang agar anda dan juga anak tidak mengambil masa yang lama untuk memutuskan tema yang sesuai.Senarai anda haruslah tidak melebihi 4 tema. Tema boleh dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut:


a.  Pemerhatian akan karakter kartun (barney, Ben 10, upin/ipin, dora) animasi , ikon (hannah montana), wayang (High School Musical, Star Wars) yang anak anda minat.
b.  Binatang pemeliharaan yang comel atau digemari oleh anak anda. (Kucing, Rama-Rama, arnab)
c.  Aktiviti luaran yang digemari. (Bolasepak, Futsal, Bola Jaring)

2. Apabila senarai telah disiapkan, anda haruslah mengadakan perbincangan dengan ahli keluarga yang lain untuk mendengar pendapat mereka dan mendapat kata putus akan tema yang akan digunakan. Perkara berikut haruslah diberi perhatian apabila membincangkan setiap tema:

a. Kemudahan untuk mendapatkan kek harijadi mengikut tema yang dipilih.
b. Kemudahan mendapatkan atau menyediakan baju atau kostum mengikut tema untuk anak yang akan menyambut harijadi terutamanya dan juga kaum keluarga terdekat.
c. Kemudahan untuk mendapatkan atau menyediakan perhiasan nanti.
d. Dan yang paling penting adalah untuk memastikan anak anda suka dan teruja dengan idea yang dipilih.

3. Apabila tema telah dipilih maka anda haruslah membuat senarai perancangan yang lebih terperinci. Ini biasanya dilakukan 5 minggu sebelum tarikh yang dipilih untuk memastikan anda tidak tertekan atau membuat pembelian terburu-buru.

Anda boleh menggunakan senarai perancangan seperti yang dikepilkan ini.