Wednesday, December 6, 2017

Idea Menu Parti Harijadi 2017 - Blog Resipi Kreatif

Salam kepada semua pembaca KPZ,

Akhir tahun ni mesti ramai ibubapa yang merancang untuk pergi bercuti. Tetapi masih ramai juga yang tiada perancangan dan hanya bersantai di rumah. Bila dah ramai di rumah mestilah tiap-tiap hari menyediakan hidangan untuk makan bersama.

Ibubapa yang mempunyai anak yang sudah remaja tu bolehlah suruh anak membantu. Dibawah adalah contoh-contoh makanan yang mungkin disukai oleh anak-anak.

Selain dari minum petang makanan ini sesuai juga untuk dijamu pada sambutan harijadi kanak-kanak.



Untuk mendapatkan resipi sila layari http://daddyisthechef.blogspot.my/
atau ke https://www.instagram.com/daddyisthechef/?hl=en

Thursday, April 20, 2017

Senarai Kedai Barangan Serta Kelengkapan Parti Harijadi di Malaysia - 2017


Disini pihak KPZ ingin menyenaraikan senarai kedai yang menyediakan barangan serta kelengkapan untuk parti harijadi. 

1.       BALOON BUZZ

BaloonBuzz merupakan syarikat yang mempunyai cawangan yang banyak di Malaysia. Kebanyakan cawangan terleak di pusat membeli-belah untuk kesenangan pembeli.

2.       GLOWING PARTY HOUSE

Glowingpartyhouse mempunyai 3 cawangan di Bangi, Kajang dan juga Subang  tetapi anda juga boleh membeli secara online

3.       SPOTLIGHT

Spotlight merupakan tempat yang bukan sahaja sesuai untuk membeli barangan parti yang siap malahan ia juga sesuai untuk membeli bahan-bahan untuk membuat DiY kita tersendiri. Spotlight mempuyai 3 cawangan di pusat membeli belah di Selangor iaitu di The Mines, Ampang Point dan juga Pusat Ikano dan and juga boleh membeli secara online.

          4.       BALLOON WONDERLAND

BW mempunyai 5 cawangan di Malaysia iaitu di 1 Utama Shopping Mall - Selangor, Publika - KL, Uptown Avenue- Seremban, Gurney Paragon - Penang dan Queensbay Mall – Penang. Mereka juga menyediakan pembelian online melalui website mereka


5.       KAISON


Kaison mempunyai pelbagai barangan untuk parti harijadi serta ia juga mempunyai barangan untuk membuat hiasan DiY untuk majlis harijadi.Kedai KAISON pula sudah banyak dibuka di Malaysia.

https://www.kaisonmalaysia.com/     (updated august 2017)

  
Kami ingin mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membuat pengiklanan kedai atau produk mereka didalam blog kami. Sila emailkan sebarang pertanyaan untuk caj pengiklanan serta syarat dan terma di storyofus01@gmail.com.

Idea Menu Parti Harijadi 2017 - Biskut Cawan



Anak-anak pasti suka sangat dengan biskut cawan atau lebih dikenali sebagai cookie shot glass ni. Ia sangatlah sesuai dihidangkan pada parti-parti harijadi bersama air coklat atau strawberry. Tapi pastikan air tidak dituang terlalu awal kerana biskut akan menjadi lembap sekiranya air dibiarkan lama. Selain dari meletakkan air, biskut gelas ini juga boleh digunakan untuk meletakkan aiskrim ataupun pelbagai haiasa lain seperti coklat mini yang terdapat di pasaran. Kalau nak tahu cara-cara membuatnya sila google dengan kata kunci “Cookie Shot Glass” .


Cookie Shot Glass ini telah dibuat oleh IG: @daddyisthechef. 

Saturday, April 15, 2017

Idea Menu Parti Harijadi 2017 - Chicken Quesadillas

Salam Dari Pihak KPJ kepada semua pembaca.

Menu merupakan sesuatu yang penting apabila merancang untuk parti harijadi kanak-kanak. Tetapi waktu sudah berubah sekarang. "Comfort Food" sudah mengambil tempat dan sering menjadi tarikan untuk kanak-kanak. Disini saya sertakan resipi untuk membuat salah satu confort food yang agak mudah dan boleh dihidangkan sewaktu parti.



Resipi Chicken Quesadilla

Bahan-bahannya

Inti Quesadilla:
300gm isi ayam (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
1/2 biji bell pepper hijau
1/2 biji bell pepper merah
4 sudu besar Minyak Zaitun
1 sudu kcil Garam
1 sudu kecil Lada Hitam

Lain -lain:
Roti Wraps Mission (biasa)
8 Kepingan Cheese Cheddar
Shredded Mozarella (sekiranya ada)


Cara-Caranya:
1. Tuangkan 2 sudu minyak dalam non- stick pan yang dah panas. Api sederhana
2. Masukkan bawang yang sudah dihiris selama 1 minit, kemudian masukkan ayam. Tutup pan dan biarkan selama 2 minit. Buka penutup setleh 2 minih dan balikkkan ayam. Masukkan kedua2 bell pepper, garam serta lada hitam dan tutup sekali lagi pan selama 2 minit. 
3. Setelah 2 minit, pastikan ayam sudah keperangan maka keluarkan ayam dari pan dan sejukkan.
4. Pasang api dan panaskan non stick pan yang cukup ukuran nya untuk roti wraps tersebut.
5. Masukkan roti kedalam pan dan letakkan bahan saute tadi pada separuh dari roti wraps itu.
6. Carikkan satu kepingan cheese dan taburkan atas inti tersebut deikuti shredded mozarella.
7. Lipatkan bahagian roti yang kosong keatas bahagian yang ada inti. Tekan dengan senduk dan biarkan dalam 10 saat 
8. Apabila roti keperangan bolehlah keluarkan dan sesuai untu di potong separaung atau dipotong 3.


Selamat Mencuba.



Wednesday, January 25, 2017

Idea Menu Harijadi 2017

Salam Dari Pihak KPZ untuk semua pembaca.

Walaupun KPZ tidak banyak mengutarakan idea-idea parti harijadi masa kini tetapi blog ini masih lagi aktif.

Didalam kesibukan kita merancang parti harijadi anak-anak, yang paling kita fikirkan adalah makanan yang sesuai untuk disajikan untuk para tetamu. Disebabkan dunia IT tanpa sempadan pada waktu ini, terlalu banyak idea makanan atau menu yang kita dapat. Tetapi kebanyakannya adalah dari media sosial di barat.

Hari ini pihak KPZ ini mencadangkan akaun instagram seorang bapa yang sangat kreatif dalam penyediaan pemakanan keluarganya. Mungkin dengan melayari akaun instagramnya, para pembaca KPZ dapat pelbagai idea menu untuk parti harijadi atau juga untuk masakan harian.

https://www.instagram.com/daddyisthechef/?hl=en

Sekian dari kami di KPZ.

Tuesday, July 19, 2016

Menu Parti Harijadi 2016 - Dessert

Macam-macam idea untuk menu parti harijadi sekarang ni. Buat masa ni, yang menarik minat KPZ adalah pudding slurpy pelbagai warna dan perisa yang boleh dihidangkan sebagai dessert ketika parti. Sedap kalau waktu-waktu panas nie....

Kalau interested whatapps lah Jasmine Cravings 011 5221 1927 atau visit ig @jasminecravings.



Kalau nak order creative goodies pun boleh jugak.


Sunday, April 17, 2016

Menu Parti Harijadi 2016

Pada zaman sekarang, kanak-kanak amat memilih terutamanya hal- hal makanan. Makanya, adalah amat sukar untuk kita menyediakan hidangan ringan yang disukai kanak-kanak terutamanya waktu parti harijadi atau jamuan harijadi. 

Baru-baru ini pihak KPZ telah mangadakan jamuan harijadi dan kami dapati bahawa pizza merupakan kegemaran semua kalau dibandingkan dengan pasta. Mungkin mereka sudah bosan makan pasta di rumah. Satu lagi hidangan yang masih digemari kanak-kanak adalah ayam. Kalau boleh jenis drummet yang kecil-kecil. Kalau goreng sahaja pun boleh tapi eloklah kalau kita membuat sos untuk sedikit kelainan. 

Saya bukanlah seorang chef, tetapi saya banyak menggabungkan resipi –resipi sedia ada untuk menyenangkan proses membuat makanan tersebut. Sekiranya kanak-kanak yang dijemput kurang dari 10 orang, saya sarankan kepada ibubapa untuk membuat hidangan sendiri dari berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat catering. Disinikan saya sertakan cadangan menu dan langkah-langkah asas untuk membuat makan tersebut tanpa sebarang ukuran yang tepat. Agak-agak je ;-). Kalau nak tahu lebih lanjut, google sahaja menu yang diberi. 

Cadangan menu.

1. Beef cocktail cheese pita pizza.

Pita merupakan roti yang senang didapati. Samada di Giant, Aeon, Cold Storage atau pasaraya yang lain. Mission adalah brand yang selalu saya beli kerana senang didapati. Secara kasarnya anda perlu ada pita, tomato puree, hirisan daging sosej,mozzarella cheese. Sapukan tomato puree di atas pita, taburkan hirisan daging sosej dan juga cheese. Panaskan ketuhar kepada 230C selama 10 minit. Kemudian bakar pizza anda selama 12-15 minit pada kepanasan 200C. Setelah selesai, tunggu hingga sejuk dan potong mengikut keperluan anda.




Gambar Hiasan
Sumber gambar : http://www.missionmenus.com/recipes


2. Spicy Tomato Chicken Wings.
Kerat kepak ayam dibahagian pelipatnya. Bersihkan ayam seperti biasa dan toskan lebihan air. Kemudian bancuhkan tepung gandum bersama baking powder dan garam dan gaulkan ayam dalam bancuhan tersebut. Gorengkan kepak ayam dalam minyak panas seperti biasa. Sementara menunggu kepak ayam garing, buatlah spicy sos dengan menggunakam tomato sos dicampurkan dengan beberapa titik Sos Tabasco didalam mangkuk yang agak besar. Ini untuk memudahkan lagi untuk ayam digaul rata nanti. Apabila ayam sudah garing, masukkan dalam mangkuk dan gaulkan sebati dengan sos. Angkat ayam dan hidangkan dalam pinggan. 




Gambar Hiasan

3. Mini Mayo Cocktail

Ini yang paling senang nak buat. Anda hanya perlukan koktel sosej, mayo dalam botol tekan dan juga cawan muffin mengikut tema anda. Gorengkan koktel sosej dengan butter. Saya suka gunakan brand ramly. Masukkan koktel yang sudah digoreng kedalam cups (5-8 ketul). Tekankan mayo secara zig zag diatas sosej tadi. Hiaskan dengan garpu kotel yang boleh dibeli dikedai-kedai kek atau Mr DIY.





Untuk cadangan hadiah harijadi, sila klik disini: https://diyinthecommunity.wordpress.com/ dan https://www.instagram.com/ditc.my/


Sekiranya anda berminat untuk membeli barangan kanak-kanak terpakai sila klik disini: 
https://www.instagram.com/prelovedbyditc/



SELAMAT MENCUBA



Monday, April 4, 2016

Barangan Terpakai

Pihak KPZ ingin membuat pengumuman bahawa kami akan memulakan jualan barangan preloved kami tidak lama lagi.

Untuk tidak ketinggalan sila pastikan anda menjadi follower ig @prelovedbyditc dan pastikan anda dapatkan nombor yang betul untuk whatapps order anda.


Kebanyakan barangan  terdiri daripada permainan kanak-kanak yang merupakan collector's item. Potongan harga yang menarik danpembelian adalah untuk follower yang serius sahaja.  First come first serve basis.


Selamat membeli...
Dari kami di KPZ.

Wednesday, January 13, 2016

IDEA HADIAH HARIJADI


Tahun baru baru bermula, terlalu banyak yang perlu dilakukan. Tetapi pihak KPJ tahu, ada pembaca yang sudah menerima jemputan harijadi dan ada pula yang terlepas tarikh harijadi ahli keluarga yang disayangi. Mungkin anda tidak mempuyai masa untuk mencari hadiah yang sesuai terutamanya hadiah yang unik dan tidak bosan untuk kanak-kanak.

Pihak KPJ mencadangkan kepada ibubapa untuk mencuba produk DIY terbaru di pasaran.
Kami teruja dengan produk-produk yang dikeluarkan oleh pihak DIY In The Community kerana ia mengetengahkan konsep DIY dalam produk mereka.

Yang paling menyeronokkan adalah segala bahan yang diperlukan sudah ada dalam kotak, tak perlulah ibubapa membuang masa mencari bahan-bahan untuk projek DIY yang ingin dilakukan. Servis penghantaraan juga disediakan oleh pihak DITC.

Kalau nak mencuba, bolehlah order dari DITC untuk diri sendiri atau terus dihantar kepada rakan-rakan sebagai hadiah yang sangat unik. Pihak DITC jugak agak agresif dengan pengeluaran produk mereka. Walaupun baru dilancarkan pada 1 Januari yang lepas, mereka telah mengeluarkan 2 produk DIY yang kreatif.



Harga kedua-dua produk juga amat berpatutan, kedua-duanya adalah bawah RM20. Apa lagi, kalau nak dapat harga promosi layari lah blog mereka di www.diyinthecommunity.wordpress.com

Sekian dari pihak KPJ.

Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru 2016 - Idea Hadiah Harijadi Kanak-Kanak

Terima Kasih kerana masih ramai yang singgah ke blog KPZ. Minta maaf sekiranya sudah lama kami tidak membuat sebarang posting baru.

Sebagai permulaan 2016, kami ingin berkongsi dengan ibubapa diluar sana satu blog yang baru dilancarkan pada hari ini. Blog yang kami cadangkan ini merupakan blog yang menghasilkan kit DiY untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Sesuai dengan konsep yang sering diketengahkan oleh pihak KPZ, DIY In The Community mengeluarkan DITC Boxes yang lengkap untuk projek DIY.

DITC Boxes bukan sahaja memberi peluang untuk kanak-kanak melatih motor skills serta fokus minda mereka, ia juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Ibubapa pula tidak perlu mencari bahan-bahan untuk projek DIY sebaliknya DITC Boxes lengkap dengan bahan-bahan termasuklah gam.

DITC Boxes juga sesuai untuk dihadiahkan sebgai hadiah harijadi atau sebagai door gift ketika parti harijadi. Jangan lepaskan peluang anda kerana pihak DITC sedang mengadakan promosi untuk produk mereka.


Untuk ketahui lebih lanjut, sila follow mereka di instagram: @ditc.my

atau anda juga boleh melayari blog mereka di wordpress:  www.diyinthecommunity.wordpress.com


Bagi pihak KPZ pula, kami akan menyambung posting-posting yang terbaru untuk pembaca kami. Kami harap anda akan tetap setia. Bagi mereka yang menjual barangan harijadi atau membuat katering harijadi. Jemputlah meninggalkan komen supaya pembaca dapat menghubungi anda.

Sekian dari pihak KPZ. Selamat Tahun Baru!!!


Friday, January 10, 2014

Parti Bertema Hello Kitty

Selamat Tahun Baru bagi pembaca KPZ.


Sungguh lama kami tidak mengemas kini entri blog ini. Untuk entri pertama tahun ini, kami akan memaparkan idea parti DIY hello kitty untuk salah seorang pembaca KPZ iaitu Puan Ayu untuk harijadi puterinya pada bulan Februari nanti.

Karakter kartun ini amat terkenal dan pelbagai barangannya boleh didapati digedung-gedung ternama atau kedai serbanika. Walaubagaimanapun, bajet akan tinggi sekiranya semuanya dibeli. Saya sarankan sebahagian hiasan dibuat secara DIY dan yang selebihnya bolehlah dibeli seperti pakaian dan sebagainya.

Hiasan.

Hello Kitty merupakan kucing comel yang terkenal dengan riben merah atau merah jambunya. Tema parti bolehlah menggunakan riben tersebut sebagai tema hiasan utama.  Riben-riben ini bolehlah dibuat dalam pelbagai saiz dan dihias di dinding, digantung dan diletakkan di straw untuk minuman. 

Selain riben yang DIY, riben seperti dibawah juga agak senang untuk didapati dikedai-kedai seperti Daiso atau Toys R Us untuk dijadikan sebagai hiasan tambahan.
Selain itu ibubapa atau anak-anak bolehlah juga melukis gambar kepala hello kitty di kertas putih untuk dijadikan hiasan. Ini akan pasti menyeronokkan serta memberi peluang kepada anak-anak untuk melakukan aktiviti bersama ibubapa . Ia bolehlah dilakukan sedikit-sedikit sebulan sebelum parti harijadi.

Makanan.


Kucing ini merupakan karakter kartun yang sudah berusia 39 tahun pada 2014 dan berasal dari Jepun. Pelbagai acuan sandwich serta bento yang boleh didapati untuk membuat kepalanya yang comel itu. Saya sarankan acuan sandwich kerana is lebih sesuai dan ringkas untuk dijadikan sebagai salah satu hidangan.

Selain itu, ibubapa bolehlah juga membuat agar- agar berwarna merah atau merah jambu untuk dihidang dan sekiranya pandai membuat apam polka dot, warna putih bersama dot merah jambu amat menarik sekali.  

Air yang paling sesuai tentunya air yang berwarna merah jambu dan untuk kanak-kanak sudah tentu mereka akan merasa gembira sekiranya dihidangkan dengan susu perisa strawberi. Tetapi pastikan minuman dihidangkan didalam gelas plastik dan jangan tuang terlalu banyak. Gelas yang diisi minuman ini bolehlah dijadikan hiasan di meja utama.

Makanan lain bolehlah disajikan bersama tempahan kek , cuppies atau biskut  yang berbentuk karakter tersebut.

Party Packs.

Untuk party packs saya sarankan supaya ibubapa membeli beg makanan kertas putih. Ia boleh didapati di kedai Bagus atau kedai-kedai yang lain. Beg kertas tersebut bolehlah dilukis muka hello kitty bersama hiasan lain seperti pelekat dan sebagainya. Ini pasti suatu aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak. Sekiranya ibubapa tidak mempunyai masa. Bolehlah menggunakan pelekat hello kitty yang banyak boleh didapati di gedung isetan, jusco dan juga di kedai Daiso.


Pihak KPZ amat berharap agar entri ini dapat memberi sedikit idea DIY utnuk Puan Ayu dikala parti harijadi puter-puterinya