Tuesday, February 22, 2011

PARTI BERTEMA: PINWHEEL


Seorang Ibu yang akan menyambut 1st Birthday anak lelakinya pada bulan April ini telah menanyakan idea yang sesuai untuk anaknya . Saya harap cadangan saya ini telah merangkumi apa yang Puan inginkan. Terima Kasih kerana meminta cadangan saya dan selamat merancang.

Cadangan saya merupakan parti bertema berasaskan obsesi anak puan melihat benda yang berpusing seperti kipas. Tema yang dicadangkan adalah pinwheel theme party. Pinwheel juga dikenali sebagai permainan kincir angin.
Parti Tema Pinwheel berasaskan alat permainan pinwheel yang akan bergerak apabila ditiup angin. Ia tentu akan menarik minat anak puan dan ia dapat digunakan sebagai dekorasi di majlis harijadi nanti. Pinwheel dapat dibeli di kedai-kedai serbaneka dan juga dipasar-pasar malam. Terdapat pelbagai jenis pinwheel yang dijual, ada yang plastik, kertas , kain dan juga kertas shiny. Walau apapun pastikan Puan dapat mencari pinwheel yang biru atau putih untuk menepati warna tema.

Selain dari membeli pinwheel di pasaran, Puan juga boleh membuat pinwheel sendiri. Keistimewaan membuat pinwheel adalah:
  •  Kepuasan melihat hasil tangan sendiri untuk sambutan harijadi anak.
  • Mengurangkan bajet sekiranya ingin membeli dengan jumlah yang banyak
  • Mendapatkan warna yang sedondon untuk menepati tema warna.
Disini saya sertakan URL cara-cara membuat pinwheel, tetapi Puan juga boleh search untuk site lain dengan kata kunci " How to make Pinwheel", " Cara Membuat Pinwheel", "Cara Membuat Permainan Kincir Angin".

http://www.wikihow.com/Make-a-Pinwheel

http://www.ayahbunda.co.id/Artikel/Balita/Bermain+dan+Permainan/membuat.mainan.kincir.angin/001/003/221/21/2



Dibawah adalah sedikit cadangan untuk puan:

Kad Jemputan.

Kad jemputan boleh ditempah atau dilakukan sendiri. Sekiranya ingin membuat sendiri, jadikan tema warna sebagai pemilihan kertas untuk kad dan sebagai "hint" kepada tetamu yang bakal datang, lekatkan pinwheel origami dibahagian hadapan kad. Sungguh mudah dan kemas. Contoh-contoh kad boleh didapati di site berikut:

http://www.thepaperchic.com/cards/happy-birthday-pinwheel-card/

http://www.etsy.com/listing/65442233/pinwheel-invitation



Hiasan.

  • Pinwheel statik pelbagai saiz yang dilekatkan di dinding rumah.  
  • Pinwheel bergerak pelbagai saiz yang dimasukkan kedalam gelas tinggi, pasu tinggi atau dicucuk di foam. Pinwheel ini seharusnya digerakkan dengan memasang kipas untuk mendapatkan udara apabila didalam rumah.
  • 2 Pinwheel bergerak bersaiz besar untuk menyambut tetamu yang hadir.
     
Puan juga boleh mendapatkan idea pinwheel ini dari URL dibawah:

 

  
Makanan/Minuman.

Selain dari makanan berat yang dirancang, Puan dapat mempelbagaikan jamuan puan dengan makanan-makanan ringan yang mengikut tema warna biru putih seperti;
  •  Apam Blossom warna putih berbintik biru atau warna biru berbintik putih. Ramai yang sudah pandai membuat apam blossom (google sahaja) tapi pastikan yang Puan pilih adalah berdekatan dengan rumah Puan.

  • Cupcakes yang mempunyai hiasan biru putih. Sebenarnya agak mudah membuat cupcakes sendiri sekiranya Puan mempunyai oven. Pastikan puan menggunakan buttercream putih dengan hiasan buttercream atau gel piping berwarna biru. Gel piping boleh didaptkan dikedai barangan kek seperti bagus dan sebagainya. Puan juga boleh mencucuk pinwheel kecik kedalam cupcakes ini untuk hiasan.

  • Dadih blueberi yang juga boleh dibuat sendiri. Ia boleh dijadikan sebagai buahtangan atau untuk dimakan di majlis.

     
  • Blueberri Cheese Tart. Pastikan filling blueberi itu dipusingkan atas cheesetart untuk mendapat efek pinwheel.

     
Sekiranya Puan menggunakan khidmat catering untuk makan, pastikan mereka memberi pinggan dan cawan berwarna biru atau putih tetapi sekiranya Puan ingin menggunakan pinggan kertas dan sudu/ garfu plastic pastikan ia berwarna putih atau biru. Putih lebih senang dicari kalau dibandingkan dengan biru .