Merancang parti harijadi untuk anak-anak tersayang mungkin memakan masa dan wang. Saya telah beberapa kali mengalami kebuntuan untuk mendapatkan idea dan bahan-bahan parti harijadi kanak-kanak di Malaysia. Diharap, dengan blog KPZ ini saya dapat berkongsi pengalaman saya dan juga idea-idea yang dapat membantu meringankan beban para ibubapa apabila ingin melakukan perancangan dan persiapan tersebut terutama sekali kepada ibubapa yang bekerja.
Saturday, April 23, 2011
PARTI RAMA-RAMA
Puan Syah ada menghantar email untuk mendapatkan idea untuk parti harijadi anak perempuannya. Terlalu banyak idea yang ingin saya cadangkan tetapi yang saya amat gemari untuk kanak-kanak perempuan adalah parti bertema rama-rama. Tema ini begitu sinonim dengan tema alam semulajadi maka pelbagai warna boleh di gandingkan dengan tema ini.
Tema ini amat bersesuaian sekiranya dapat diraikan di taman ataupun perkarangan rumah yang mempunyai pokok-pokok ataupun bunga-bunga didalam pasu.
Untuk kostum, Puan Syah boleh membuat sendiri rama-rama dari kadbod dan meletakkan dua gelung tali untuk disangkut ke bahu. Ia juga boleh didapati di kedai-kedai serbaneka pada harga yang berpatutan dan seringkali dipakejkan bersama denga mahkota plastik yang boleh diletak diatas kepala.
Untuk hiasan saya cadangkan Puan Syah untuk menggunting pelbagai saiz rama-rama kertas. Untuk kepingan yang besar, boleh juga ditampalkan keatas kadbod dari kotak-kotak berlebihan sebelum di lipat kepaknya dan di letakkan diatas pokok-pokok bunga atau dimana sesuai. Rama-rama juga boleh dilekatkan kepada batang lidi agar boleh dihias diatas meja hidangan. Dibawah adalah salah satu site yang menunjukkan cara-cara membuat hiasan rama-rama.
http://familycrafts.about.com/od/paperplatecrafts/ss/ppbutterfly.htm
Untuk hidangan, cupcakes yang dibuat atau ditempah juga boleh dihiasi dengan dekorasi berbentuk rama-rama. Hiasan cupcakes yang paling mudah adalah dengan menggunakan ising putih dan menggunakan beberapa perwarna untuk piping gel yang akan dihias diatas cupcakes tersebut. Sekiranya puan ingin lebih kelainan, puan juga boleh menempah deko cookies yang berbentuk rama-rama.
Adalah lebih anggun sekiranya tema rama-rama ini digabungkan dengan warna-warna kegemaran kana-kanak perempuan iaitu warna pink atau purple.
Saya mengucapkan selamat mencuba. Sekiranya ingin lebih idea, posting KPZ bertajuk "Fairy Girl" juga boleh dijadikan rujukan.