Selamat Tahun Baru bagi
pembaca KPZ.
Sungguh
lama kami tidak mengemas kini entri blog ini. Untuk entri pertama tahun ini,
kami akan memaparkan idea parti DIY hello kitty untuk salah seorang pembaca KPZ
iaitu Puan Ayu untuk harijadi puterinya pada bulan Februari nanti.
Karakter
kartun ini amat terkenal dan pelbagai barangannya boleh didapati digedung-gedung
ternama atau kedai serbanika. Walaubagaimanapun, bajet akan tinggi sekiranya
semuanya dibeli. Saya sarankan sebahagian hiasan dibuat secara DIY dan yang
selebihnya bolehlah dibeli seperti pakaian dan sebagainya.
Hiasan.
Hello
Kitty merupakan kucing comel yang terkenal dengan riben merah atau merah jambunya. Tema parti bolehlah menggunakan
riben tersebut sebagai tema hiasan utama. Riben-riben ini bolehlah dibuat dalam pelbagai
saiz dan dihias di dinding, digantung dan diletakkan di straw untuk
minuman.
Selain
riben yang DIY, riben seperti dibawah juga agak senang untuk didapati
dikedai-kedai seperti Daiso atau Toys R Us untuk dijadikan sebagai hiasan
tambahan.
Selain
itu ibubapa atau anak-anak bolehlah juga melukis gambar kepala hello kitty di
kertas putih untuk dijadikan hiasan. Ini akan pasti menyeronokkan serta memberi
peluang kepada anak-anak untuk melakukan aktiviti bersama ibubapa . Ia bolehlah
dilakukan sedikit-sedikit sebulan sebelum parti harijadi.
Makanan.
Kucing
ini merupakan karakter kartun yang sudah berusia 39 tahun pada 2014 dan berasal
dari Jepun. Pelbagai acuan sandwich serta bento yang boleh didapati untuk membuat
kepalanya yang comel itu. Saya sarankan acuan sandwich kerana is lebih sesuai
dan ringkas untuk dijadikan sebagai salah satu hidangan.
Selain
itu, ibubapa bolehlah juga membuat agar- agar berwarna merah atau merah jambu
untuk dihidang dan sekiranya pandai membuat apam polka dot, warna putih bersama
dot merah jambu amat menarik sekali.
Air
yang paling sesuai tentunya air yang berwarna merah jambu dan untuk kanak-kanak
sudah tentu mereka akan merasa gembira sekiranya dihidangkan dengan susu perisa
strawberi. Tetapi pastikan minuman dihidangkan didalam gelas plastik dan jangan
tuang terlalu banyak. Gelas yang diisi minuman ini bolehlah dijadikan hiasan di
meja utama.
Makanan
lain bolehlah disajikan bersama tempahan kek , cuppies atau biskut yang berbentuk karakter tersebut.
Party
Packs.
Untuk
party packs saya sarankan supaya ibubapa membeli beg makanan kertas putih. Ia boleh
didapati di kedai Bagus atau kedai-kedai yang lain. Beg kertas tersebut
bolehlah dilukis muka hello kitty bersama hiasan lain seperti pelekat dan
sebagainya. Ini pasti suatu aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak.
Sekiranya ibubapa tidak mempunyai masa. Bolehlah menggunakan pelekat hello
kitty yang banyak boleh didapati di gedung isetan, jusco dan juga di kedai
Daiso.