Posting kali ini adalah untuk parti bertema Barbie in Paris. Perancangan diadakan dua bulan lebih awal agar hiasan dapat dilakukan mengikut konsep DIY.
Kad jemputan dibuat sendiri dengan bentuk tas tangan comel berwarna merah jambu. Pelekat berbentuk bintang dilekatkan diluar beg sebaliknya pelekat berbentuk cermin mata, gincu, sikat dan sebagainya dihias di dalam beg.
Hiasan tediri daripada laluan karpet merah, pentas kecil untuk mengambil gambar, poster gergasi baju, kasut, menara eiffel dan juga pinata berbentuk anjing putih.
Makanan yang disajikan diletakan food label yang dicetak sendiri. Bungkusam makanan, air serta coklat juga dibuat sendiri. Selain dari makan petang, tetamu juga dihidangkan dengan candy buffet. Candy buffet ini merupakan projek DIY dan kertas coklat yang dihias, diberikan tetamu untuk menyimpan candy pilihan mereka.
Selain membawa balik candy yang dipilih dari buffet, tetamu juga telah dihadiahkan "pet" untuk dipelihara.
Nampak menarik bukan? Yang lebih menarik adalah semua hiasan dan makanan adalah hasil DIY. Walaupun penat tetapi ia memberikan kepuasan serta merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kerana untuk menghasilkan setiap hiasan, pihak ibubapa boleh melakukan bersama-sama anak-anak atau ahli keluarga yang lain.
Selamat merancang untuk parti harijadi yang seterusnya dari pihak kami di KPZ.
Merancang parti harijadi untuk anak-anak tersayang mungkin memakan masa dan wang. Saya telah beberapa kali mengalami kebuntuan untuk mendapatkan idea dan bahan-bahan parti harijadi kanak-kanak di Malaysia. Diharap, dengan blog KPZ ini saya dapat berkongsi pengalaman saya dan juga idea-idea yang dapat membantu meringankan beban para ibubapa apabila ingin melakukan perancangan dan persiapan tersebut terutama sekali kepada ibubapa yang bekerja.
Showing posts with label parti bertema barbie. DIY candy buffet. Show all posts
Showing posts with label parti bertema barbie. DIY candy buffet. Show all posts
Sunday, March 11, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)


