Sudah lama saya ingin menulis blog mengenai parti kanak-kanak tetapi masa tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, setelah mengalami kepayahan untuk merancang parti harijadi keempat anak saya pada awal bulan Mac ini, saya telah mengambil keputusan untuk meneruskan hasrat saya itu.
Banyak website ataupun blog idea parti harijadi adalah dari luar negara , saya harap blog ini sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa atau mereka yang memerlukan tips untuk mendapatkan perkhidmatan ataupun bahan-bahan yang sesuai disekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor untuk dijadikan hiasan ataupun “party favors” untuk kanak-kanak yang hadir.
Dengan idea didalam blog ini juga saya berharap agar ibubapa dapat membuat perancangan awal untuk mengawal bajet dan juga memastikan sambutan adalah meriah dan tidak begitu memenatkan.
Untuk ibubapa yang sentiasa ingin kreatif atau kelainan ketika menyambut sambutan ulangtahun anak mereka, sila ikuti blog ini dan syorkan kepada kawan-kawan anda agar kita dapat memeriahkan lagi blog ini dengan idea asli daripada ibubapa di Malaysia ini.
Oleh yang demikian, saya mengucapkan selamat datang kepada semua pembaca blog Kids Party Zone. Sekiranya anda mempunyai idea yang ingin dikongsi atau sebarang pertanyaan, sila ajukan ke alamat emel storyofus01@gmail.com