Salam kepada semua pembaca KPZ,
Akhir tahun ni mesti ramai ibubapa yang merancang untuk pergi bercuti. Tetapi masih ramai juga yang tiada perancangan dan hanya bersantai di rumah. Bila dah ramai di rumah mestilah tiap-tiap hari menyediakan hidangan untuk makan bersama.
Ibubapa yang mempunyai anak yang sudah remaja tu bolehlah suruh anak membantu. Dibawah adalah contoh-contoh makanan yang mungkin disukai oleh anak-anak.
Selain dari minum petang makanan ini sesuai juga untuk dijamu pada sambutan harijadi kanak-kanak.
Untuk mendapatkan resipi sila layari http://daddyisthechef.blogspot.my/
atau ke https://www.instagram.com/daddyisthechef/?hl=en
Merancang parti harijadi untuk anak-anak tersayang mungkin memakan masa dan wang. Saya telah beberapa kali mengalami kebuntuan untuk mendapatkan idea dan bahan-bahan parti harijadi kanak-kanak di Malaysia. Diharap, dengan blog KPZ ini saya dapat berkongsi pengalaman saya dan juga idea-idea yang dapat membantu meringankan beban para ibubapa apabila ingin melakukan perancangan dan persiapan tersebut terutama sekali kepada ibubapa yang bekerja.
Showing posts with label Menu cadangan. Show all posts
Showing posts with label Menu cadangan. Show all posts
Wednesday, December 6, 2017
Thursday, April 20, 2017
Idea Menu Parti Harijadi 2017 - Biskut Cawan
Anak-anak pasti suka sangat
dengan biskut cawan atau lebih dikenali sebagai cookie shot glass ni. Ia
sangatlah sesuai dihidangkan pada parti-parti harijadi bersama air coklat atau
strawberry. Tapi pastikan air tidak dituang terlalu awal kerana biskut akan
menjadi lembap sekiranya air dibiarkan lama. Selain dari meletakkan air, biskut
gelas ini juga boleh digunakan untuk meletakkan aiskrim ataupun pelbagai haiasa
lain seperti coklat mini yang terdapat di pasaran. Kalau nak tahu cara-cara
membuatnya sila google dengan kata kunci “Cookie Shot Glass” .
Cookie Shot Glass ini telah
dibuat oleh IG: @daddyisthechef.
Saturday, April 15, 2017
Idea Menu Parti Harijadi 2017 - Chicken Quesadillas
Salam Dari Pihak KPJ kepada semua pembaca.
Menu merupakan sesuatu yang penting apabila merancang untuk parti harijadi kanak-kanak. Tetapi waktu sudah berubah sekarang. "Comfort Food" sudah mengambil tempat dan sering menjadi tarikan untuk kanak-kanak. Disini saya sertakan resipi untuk membuat salah satu confort food yang agak mudah dan boleh dihidangkan sewaktu parti.
Resipi Chicken Quesadilla
Bahan-bahannya
Inti Quesadilla:
300gm isi ayam (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
1/2 biji bell pepper hijau
1/2 biji bell pepper merah
4 sudu besar Minyak Zaitun
1 sudu kcil Garam
1 sudu kecil Lada Hitam
Lain -lain:
Roti Wraps Mission (biasa)
8 Kepingan Cheese Cheddar
Shredded Mozarella (sekiranya ada)
Cara-Caranya:
1. Tuangkan 2 sudu minyak dalam non- stick pan yang dah panas. Api sederhana
2. Masukkan bawang yang sudah dihiris selama 1 minit, kemudian masukkan ayam. Tutup pan dan biarkan selama 2 minit. Buka penutup setleh 2 minih dan balikkkan ayam. Masukkan kedua2 bell pepper, garam serta lada hitam dan tutup sekali lagi pan selama 2 minit.
3. Setelah 2 minit, pastikan ayam sudah keperangan maka keluarkan ayam dari pan dan sejukkan.
4. Pasang api dan panaskan non stick pan yang cukup ukuran nya untuk roti wraps tersebut.
5. Masukkan roti kedalam pan dan letakkan bahan saute tadi pada separuh dari roti wraps itu.
6. Carikkan satu kepingan cheese dan taburkan atas inti tersebut deikuti shredded mozarella.
7. Lipatkan bahagian roti yang kosong keatas bahagian yang ada inti. Tekan dengan senduk dan biarkan dalam 10 saat
8. Apabila roti keperangan bolehlah keluarkan dan sesuai untu di potong separaung atau dipotong 3.

Selamat Mencuba.
Tuesday, July 19, 2016
Menu Parti Harijadi 2016 - Dessert
Macam-macam idea untuk menu parti harijadi sekarang ni. Buat masa ni, yang menarik minat KPZ adalah pudding slurpy pelbagai warna dan perisa yang boleh dihidangkan sebagai dessert ketika parti. Sedap kalau waktu-waktu panas nie....
Kalau interested whatapps lah Jasmine Cravings 011 5221 1927 atau visit ig @jasminecravings.
Kalau nak order creative goodies pun boleh jugak.
Kalau interested whatapps lah Jasmine Cravings 011 5221 1927 atau visit ig @jasminecravings.
Kalau nak order creative goodies pun boleh jugak.
Sunday, April 17, 2016
Menu Parti Harijadi 2016
Pada zaman sekarang, kanak-kanak amat memilih terutamanya hal- hal makanan. Makanya, adalah amat sukar untuk kita menyediakan hidangan ringan yang disukai kanak-kanak terutamanya waktu parti harijadi atau jamuan harijadi.
Baru-baru ini pihak KPZ telah mangadakan jamuan harijadi dan kami dapati bahawa pizza merupakan kegemaran semua kalau dibandingkan dengan pasta. Mungkin mereka sudah bosan makan pasta di rumah. Satu lagi hidangan yang masih digemari kanak-kanak adalah ayam. Kalau boleh jenis drummet yang kecil-kecil. Kalau goreng sahaja pun boleh tapi eloklah kalau kita membuat sos untuk sedikit kelainan.
Saya bukanlah seorang chef, tetapi saya banyak menggabungkan resipi –resipi sedia ada untuk menyenangkan proses membuat makanan tersebut. Sekiranya kanak-kanak yang dijemput kurang dari 10 orang, saya sarankan kepada ibubapa untuk membuat hidangan sendiri dari berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat catering. Disinikan saya sertakan cadangan menu dan langkah-langkah asas untuk membuat makan tersebut tanpa sebarang ukuran yang tepat. Agak-agak je ;-). Kalau nak tahu lebih lanjut, google sahaja menu yang diberi.
Cadangan menu.
1. Beef cocktail cheese pita pizza.
Pita merupakan roti yang senang didapati. Samada di Giant, Aeon, Cold Storage atau pasaraya yang lain. Mission adalah brand yang selalu saya beli kerana senang didapati. Secara kasarnya anda perlu ada pita, tomato puree, hirisan daging sosej,mozzarella cheese. Sapukan tomato puree di atas pita, taburkan hirisan daging sosej dan juga cheese. Panaskan ketuhar kepada 230C selama 10 minit. Kemudian bakar pizza anda selama 12-15 minit pada kepanasan 200C. Setelah selesai, tunggu hingga sejuk dan potong mengikut keperluan anda.
Gambar Hiasan
Sumber gambar : http://www.missionmenus.com/recipes
2. Spicy Tomato Chicken Wings.
Kerat kepak ayam dibahagian pelipatnya. Bersihkan ayam seperti biasa dan toskan lebihan air. Kemudian bancuhkan tepung gandum bersama baking powder dan garam dan gaulkan ayam dalam bancuhan tersebut. Gorengkan kepak ayam dalam minyak panas seperti biasa. Sementara menunggu kepak ayam garing, buatlah spicy sos dengan menggunakam tomato sos dicampurkan dengan beberapa titik Sos Tabasco didalam mangkuk yang agak besar. Ini untuk memudahkan lagi untuk ayam digaul rata nanti. Apabila ayam sudah garing, masukkan dalam mangkuk dan gaulkan sebati dengan sos. Angkat ayam dan hidangkan dalam pinggan.
Gambar Hiasan
Sumber gambar : http://www.tabasco.com/tabasco-recipes/recipe
3. Mini Mayo Cocktail
Ini yang paling senang nak buat. Anda
hanya perlukan koktel sosej, mayo dalam botol tekan dan juga cawan muffin mengikut
tema anda. Gorengkan koktel sosej dengan butter. Saya suka gunakan brand ramly.
Masukkan koktel yang sudah digoreng kedalam cups (5-8 ketul). Tekankan mayo secara
zig zag diatas sosej tadi. Hiaskan dengan garpu kotel yang boleh dibeli
dikedai-kedai kek atau Mr DIY.
Untuk cadangan hadiah harijadi,
sila klik disini: https://diyinthecommunity.wordpress.com/ dan https://www.instagram.com/ditc.my/
Sekiranya anda berminat untuk
membeli barangan kanak-kanak terpakai sila klik disini:
https://www.instagram.com/prelovedbyditc/
https://www.instagram.com/prelovedbyditc/
SELAMAT MENCUBA
Tuesday, July 12, 2011
Menu Pilihan Parti Harijadi
Memilih menu harijadi kadang-kadang boleh memeningkan kepala. menu untuk jamuan harijadi sering menjadi tumpuan sekiranya parti harijadi diadakan untuk kaum keluarga dimana kita harus mengambilkira bukan sahaja makanan kegemaran kanak-kanak malah makanan untuk orang dewasa.
Selain daripada itu, adalah penting untuk memastikan makanan adalah sesuai untuk waktu parti dijalankan dan kadangkala kita juga mesti prihatin terhadap golongan yang mungkin hanya memakan makanan "vegetarian"'.
Dibawah adalah senarai juadah yang sesuai dijamu mengikut waktu-waktu yang tertentu.
12tengahari - 3 petang.
Tuan rumah yang mengadakan jamuan harijadi pada waktu ini haruslah menghidangkan makanan yang agak berat kerana ia merupakan waktu makan tengahari.Makan yang berasaskan beras sering menjadi perhatian kerana ia merupakan makanan berat yang sesuai untuk makan tengahari dan sekira ramai tetamu dewasa yang dijangka hadir.
Nasi Tomato
Nasi Ayam
Nasi Beriyani
Nasi Dagang
Mee Kari
Pizza
Ayam Goreng KFC bersama coleslaw and mashed potato.
3petang - 6.30 petang
Jika majlis diadakan pada waktu ini, cukuplah dengan hidangan yang ringan. Sekiranya tetamu dewasa tidak ramai memadailah untuk menghidangkan makanan finger food seperti sandwich, cocktail sausage, nuggets and chicken ball. Antara menu lain yang sesuai adalah seperti berikut.
Bihun
Mee Goreng
Spaghetti Bolognaise
Spaghetti Goreng
Lasagna .
Roti Jala
Satay
Makaroni bakar
BBQ Menu - Ayam, Sausage, Burgers dan sebagainya.
Selain dari tetamu dewasa atau kanak-kanak, menu juga boleh disuaikan dengan tema. Contohnya, sekira anda melakukan parti bertema beach, hidangan hot dog dengan segala macam side ingredients adalah sangat menarik.
Antara makanan lain yang perlu difikirkan adalah pencuci mulut ataupun dessert. Antara dessert atau makanan manis yang biasa dihidangkan adalah berikut;
Puding Manis
Agar-agar atau jeli
Pelbagai jenis tart seperti cheese, fruit atau egg tart.
Bubur atau Pengat Manis juga boleh dihidangkan.
Cream Puff
Donut
Buah-buahan
Semua ini adalah cadangan sahaja, terlalu banayak makanan lain yang boleh disenaraikan. Yang paling penting cara anda menghidangkan makanan tersebut untuk menaikkkan lagi seri majlis tersebut. Anda tidak perlu berbelanja banyak untuk mendapatkan bekas atau mangkuk yang sesuai diwaktu majlis. And hanya perlu kreatif dengan cara hidangan.
Sekiranya anada ada cadangan atau gambar makan diwaktu majlis harijadi, jangan lupa kongsikan bersama kami di KPZ.

Untuk cadangan hadiah harijadi istimewa sila layari www.diyinthecommunity.wordpress.com atau follow ig mereka @ditc.my.
Subscribe to:
Posts (Atom)