Thursday, April 29, 2010

PARTI BERTEMA : "BEACH PARTY"

Pada bulan Mei 2009, KPZ telah bejaya menganjurkan sebuah parti bertema "beach" untuk "Birthday Girl" berusia 8 tahun. Ia diadakan di perkarangan rumah tetapi kami telah menyediakan mood seperti berada di pantai. Para jemputan yang hadir telah digalakkan memakai kostum mengikut tema untuk memeriahkan lagi parti tersebut.

Kad Jemputan.

Ia bermula dengan mendapatkan idea untuk kad jemputan. Kad yang direka berbentuk "surf board" dan ayat digunakan di dalam kad mestilah bersesuaian dengan "term" untuk tema yang dipilih. Kad telah dihantar seminggu awal supaya kedatangan dapat dipastikan.







 Kek Harijadi dan Kostum.

Pelbagai idea untuk kek harijadi tetapi yang paling diminati adalah untuk membuat kek bergambar dan gambar telah direka ala-ala "birthday girl" menghiasi muka depan sebuah majalah kanak-kanak. Gambar birthday girl telah diambil ketika sesi mencuba kostum yang dipilih. Kostum yang dipilih bertepatan dengan tema dimana baju ala pantai berbunga merah telah dikenakan dengan "lei" (kalung bunga) , gelang tangan yang dibuat sendiri. Lei juga telah dibuat untuk tetamu yang datang.



Party Pack/Goodies

Sebagai party packs, kami telah menggunakan sebuah baldi kecil yang dihias pelekat pelbagai corak. Kami mengisi baldi tersebut dengan pelbagai mainan dan makanan ringan untuk dibawa pulang.



Hiasan.

Pagar masuk ke rumah telah dihiasi dengan "surf board" dan juga ucapan Aloha. Kain biru direntang sepanjang pagar untuk mendapatkan suasana di tepi pantai. Meja makanan diletakkan bawah khemah ala’ beach cafĂ© dan satu sudut telah digunakan untuk mengambil gambar dan juga untuk kanak-kanak bermain pasir dimana sebuah pokok kelapa yang dibuat dari foam dan juga kertas bewarna diletakkan sebagai background.


Aktiviti.

Magician telah dijemput dan beliau datang dengan gaya santai memakai beach wear. Pada permulaan parti, magician telah membuat "balloon sculpting" untuk tetamu diikuti dengan pertunjukan silap mata dan juga permainan.


 

Wednesday, March 3, 2010

Parti Bertema untuk Anak Anda.

Mengadakan parti bertema untuk anak anda memerlukan perancangan awal dan teliti tetapi ia pasti menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan buat anda seisi keluarga. Parti bertema sangat mengujakan kanak-kanak pelbagai umur dan ia menggalakkan imaginasi kanak-kanak yang hadir. 


Perkara yang berikut adalah sesuai untuk diberi perhatian apabila memilih dan menetapkan tema.


1. Membuat senarai tema yang anda rasa sesuai untuk anak anda. Senarai haruslah tidak terlalu panjang agar anda dan juga anak tidak mengambil masa yang lama untuk memutuskan tema yang sesuai.Senarai anda haruslah tidak melebihi 4 tema. Tema boleh dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut:


a.  Pemerhatian akan karakter kartun (barney, Ben 10, upin/ipin, dora) animasi , ikon (hannah montana), wayang (High School Musical, Star Wars) yang anak anda minat.
b.  Binatang pemeliharaan yang comel atau digemari oleh anak anda. (Kucing, Rama-Rama, arnab)
c.  Aktiviti luaran yang digemari. (Bolasepak, Futsal, Bola Jaring)

2. Apabila senarai telah disiapkan, anda haruslah mengadakan perbincangan dengan ahli keluarga yang lain untuk mendengar pendapat mereka dan mendapat kata putus akan tema yang akan digunakan. Perkara berikut haruslah diberi perhatian apabila membincangkan setiap tema:

a. Kemudahan untuk mendapatkan kek harijadi mengikut tema yang dipilih.
b. Kemudahan mendapatkan atau menyediakan baju atau kostum mengikut tema untuk anak yang akan menyambut harijadi terutamanya dan juga kaum keluarga terdekat.
c. Kemudahan untuk mendapatkan atau menyediakan perhiasan nanti.
d. Dan yang paling penting adalah untuk memastikan anak anda suka dan teruja dengan idea yang dipilih.

3. Apabila tema telah dipilih maka anda haruslah membuat senarai perancangan yang lebih terperinci. Ini biasanya dilakukan 5 minggu sebelum tarikh yang dipilih untuk memastikan anda tidak tertekan atau membuat pembelian terburu-buru.

Anda boleh menggunakan senarai perancangan seperti yang dikepilkan ini.

Tuesday, March 17, 2009

Merancang Parti Harijadi Kanak-Kanak



Ramai yang berpendapat bahawa untuk menganjurkan parti harijadi kanak-kanak, mereka memerlukan tahap kreativiti, kesabaran dan skil yang tinggi. Anggapan itu adalah salah kerana dengan perancangan yang betul sesiapapun dapat menganjurkan parti harijadi yang menyeronokkan.

Pada posting kali ini, KPZ akan mengupas asas perancangan yang diperlukan untuk memastikan parti yang dianjurkan berjaya.

ASAS PERANCANGAN.

Waktu Perancangan : 4 - 6 minggu awal dari tarikh parti harijadi.

Tema Jamuan Parti : Anda boleh memilih 2-3 tema untuk dijadikan fokus perancangan. Ini akan menyenangkan anda untuk membuat survey akan barang-barang hiasan, jenis atau corak kek dan juga pakaian anak anda. Kadang-kala, persiapan boleh dilakukan sendiri dirumah, ini akan memberi penjimatan dan juga mengalakkan anak anda untuk menolong dan berkongsi idea kreatif mereka.
Jemputan: Adalah penting untuk memastikan bahawa tumpuan utama ketika parti harijadi ini adalah anak anda kerana adakalanya kita terlalu sibuk melayan jemputan hingga terlupa akan si “birthday girl/boy”. Jumlah jemputan yang sesuai untuk kanak-kanak 4 - 5 tahun keatas adalah : umur kanak-kanak tersebut + 1. Topik ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam di posting yang akan datang.

Waktu dan tempoh yang sesuai: Kita harus mengambil kira sekiranya parti yang diraikan adalah untuk kanak-kanak 3 tahun ke bawah, faktor tidur (nap time) adalah penting. Tempoh yang sesuai untuk parti harijadi adalah diantara 2 – 2.5 jam. Ini akan mengelakkan kanak-kanak dari menjadi tidak menentu , bosan dan kepenatan. Ibubapa selaku tuan rumah juga akan dapat mengawal keadaan dan tidak terlalu kepenatan setelah selesai parti nanti.

Tentukan bajet keseluruhan: pastikan anda dan pasangan anda bersetuju dengan bajet tersebut dan segala perancangan yang melibatkan kewangan tidak patut lari dari bajet tersebut. Dengan cara ini anda dapat meraikan parti harijadi anak anda tanpa perlu merasa risau kerana banyak wang yang keluar untuk menjayakan parti tersebut.

Setelah perkara-perkara diatas dibincang dan dipersetujui barulah proses perancangan yang lebih teliti diteruskan dimana pengunaan “to do list” merupakan cara yang paling berkesan untuk digunakan bagi memastikan parti harijadi akan berjalan dengan lancar.

Selamat Datang ke Kids Party Zone Malaysia

Sudah lama saya ingin menulis blog mengenai parti kanak-kanak tetapi masa tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, setelah mengalami kepayahan untuk merancang parti harijadi keempat anak saya pada awal bulan Mac ini, saya telah mengambil keputusan untuk meneruskan hasrat saya itu.

Banyak website ataupun blog idea parti harijadi adalah dari luar negara , saya harap blog ini sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa atau mereka yang memerlukan tips untuk mendapatkan perkhidmatan ataupun bahan-bahan yang sesuai disekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor untuk dijadikan hiasan ataupun “party favors” untuk kanak-kanak yang hadir.

Dengan idea didalam blog ini juga saya berharap agar ibubapa dapat membuat perancangan awal untuk mengawal bajet dan juga memastikan sambutan adalah meriah dan tidak begitu memenatkan.

Untuk ibubapa yang sentiasa ingin kreatif atau kelainan ketika menyambut sambutan ulangtahun anak mereka, sila ikuti blog ini dan syorkan kepada kawan-kawan anda agar kita dapat memeriahkan lagi blog ini dengan idea asli daripada ibubapa di Malaysia ini.

Oleh yang demikian, saya mengucapkan selamat datang kepada semua pembaca blog Kids Party Zone. Sekiranya anda mempunyai idea yang ingin dikongsi atau sebarang pertanyaan, sila ajukan ke alamat emel storyofus01@gmail.com