Macam-macam idea untuk menu parti harijadi sekarang ni. Buat masa ni, yang menarik minat KPZ adalah pudding slurpy pelbagai warna dan perisa yang boleh dihidangkan sebagai dessert ketika parti. Sedap kalau waktu-waktu panas nie....
Kalau interested whatapps lah Jasmine Cravings 011 5221 1927 atau visit ig @jasminecravings.
Kalau nak order creative goodies pun boleh jugak.
Merancang parti harijadi untuk anak-anak tersayang mungkin memakan masa dan wang. Saya telah beberapa kali mengalami kebuntuan untuk mendapatkan idea dan bahan-bahan parti harijadi kanak-kanak di Malaysia. Diharap, dengan blog KPZ ini saya dapat berkongsi pengalaman saya dan juga idea-idea yang dapat membantu meringankan beban para ibubapa apabila ingin melakukan perancangan dan persiapan tersebut terutama sekali kepada ibubapa yang bekerja.
Tuesday, July 19, 2016
Sunday, April 17, 2016
Menu Parti Harijadi 2016
Pada zaman sekarang, kanak-kanak amat memilih terutamanya hal- hal makanan. Makanya, adalah amat sukar untuk kita menyediakan hidangan ringan yang disukai kanak-kanak terutamanya waktu parti harijadi atau jamuan harijadi.
Baru-baru ini pihak KPZ telah mangadakan jamuan harijadi dan kami dapati bahawa pizza merupakan kegemaran semua kalau dibandingkan dengan pasta. Mungkin mereka sudah bosan makan pasta di rumah. Satu lagi hidangan yang masih digemari kanak-kanak adalah ayam. Kalau boleh jenis drummet yang kecil-kecil. Kalau goreng sahaja pun boleh tapi eloklah kalau kita membuat sos untuk sedikit kelainan.
Saya bukanlah seorang chef, tetapi saya banyak menggabungkan resipi –resipi sedia ada untuk menyenangkan proses membuat makanan tersebut. Sekiranya kanak-kanak yang dijemput kurang dari 10 orang, saya sarankan kepada ibubapa untuk membuat hidangan sendiri dari berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat catering. Disinikan saya sertakan cadangan menu dan langkah-langkah asas untuk membuat makan tersebut tanpa sebarang ukuran yang tepat. Agak-agak je ;-). Kalau nak tahu lebih lanjut, google sahaja menu yang diberi.
Cadangan menu.
1. Beef cocktail cheese pita pizza.
Pita merupakan roti yang senang didapati. Samada di Giant, Aeon, Cold Storage atau pasaraya yang lain. Mission adalah brand yang selalu saya beli kerana senang didapati. Secara kasarnya anda perlu ada pita, tomato puree, hirisan daging sosej,mozzarella cheese. Sapukan tomato puree di atas pita, taburkan hirisan daging sosej dan juga cheese. Panaskan ketuhar kepada 230C selama 10 minit. Kemudian bakar pizza anda selama 12-15 minit pada kepanasan 200C. Setelah selesai, tunggu hingga sejuk dan potong mengikut keperluan anda.
Gambar Hiasan
Sumber gambar : http://www.missionmenus.com/recipes
2. Spicy Tomato Chicken Wings.
Kerat kepak ayam dibahagian pelipatnya. Bersihkan ayam seperti biasa dan toskan lebihan air. Kemudian bancuhkan tepung gandum bersama baking powder dan garam dan gaulkan ayam dalam bancuhan tersebut. Gorengkan kepak ayam dalam minyak panas seperti biasa. Sementara menunggu kepak ayam garing, buatlah spicy sos dengan menggunakam tomato sos dicampurkan dengan beberapa titik Sos Tabasco didalam mangkuk yang agak besar. Ini untuk memudahkan lagi untuk ayam digaul rata nanti. Apabila ayam sudah garing, masukkan dalam mangkuk dan gaulkan sebati dengan sos. Angkat ayam dan hidangkan dalam pinggan.
Gambar Hiasan
Sumber gambar : http://www.tabasco.com/tabasco-recipes/recipe
3. Mini Mayo Cocktail
Ini yang paling senang nak buat. Anda
hanya perlukan koktel sosej, mayo dalam botol tekan dan juga cawan muffin mengikut
tema anda. Gorengkan koktel sosej dengan butter. Saya suka gunakan brand ramly.
Masukkan koktel yang sudah digoreng kedalam cups (5-8 ketul). Tekankan mayo secara
zig zag diatas sosej tadi. Hiaskan dengan garpu kotel yang boleh dibeli
dikedai-kedai kek atau Mr DIY.
Untuk cadangan hadiah harijadi,
sila klik disini: https://diyinthecommunity.wordpress.com/ dan https://www.instagram.com/ditc.my/
Sekiranya anda berminat untuk
membeli barangan kanak-kanak terpakai sila klik disini:
https://www.instagram.com/prelovedbyditc/
https://www.instagram.com/prelovedbyditc/
SELAMAT MENCUBA
Monday, April 4, 2016
Barangan Terpakai
Pihak KPZ ingin membuat pengumuman
bahawa kami akan memulakan jualan barangan preloved kami tidak lama lagi.
Untuk tidak ketinggalan sila pastikan anda menjadi follower
ig @prelovedbyditc dan pastikan anda dapatkan nombor yang betul untuk whatapps order
anda.
Kebanyakan barangan terdiri daripada permainan kanak-kanak yang
merupakan collector's item. Potongan
harga yang menarik danpembelian adalah untuk follower yang serius sahaja. First come first serve basis.
Selamat membeli...
Dari kami di KPZ.
Wednesday, January 13, 2016
IDEA HADIAH HARIJADI
Tahun baru baru bermula, terlalu banyak yang perlu dilakukan. Tetapi pihak KPJ tahu, ada pembaca yang sudah menerima jemputan harijadi dan ada pula yang terlepas tarikh harijadi ahli keluarga yang disayangi. Mungkin anda tidak mempuyai masa untuk mencari hadiah yang sesuai terutamanya hadiah yang unik dan tidak bosan untuk kanak-kanak.
Pihak KPJ mencadangkan kepada ibubapa untuk mencuba produk DIY terbaru di pasaran.
Kami teruja dengan produk-produk yang dikeluarkan oleh pihak DIY In The Community kerana ia mengetengahkan konsep DIY dalam produk mereka.
Yang paling menyeronokkan adalah segala bahan yang diperlukan sudah ada dalam kotak, tak perlulah ibubapa membuang masa mencari bahan-bahan untuk projek DIY yang ingin dilakukan. Servis penghantaraan juga disediakan oleh pihak DITC.
Kalau nak mencuba, bolehlah order dari DITC untuk diri sendiri atau terus dihantar kepada rakan-rakan sebagai hadiah yang sangat unik. Pihak DITC jugak agak agresif dengan pengeluaran produk mereka. Walaupun baru dilancarkan pada 1 Januari yang lepas, mereka telah mengeluarkan 2 produk DIY yang kreatif.
Harga kedua-dua produk juga amat berpatutan, kedua-duanya adalah bawah RM20. Apa lagi, kalau nak dapat harga promosi layari lah blog mereka di www.diyinthecommunity.wordpress.com
Sekian dari pihak KPJ.
Friday, January 1, 2016
Selamat Tahun Baru 2016 - Idea Hadiah Harijadi Kanak-Kanak
Terima Kasih kerana masih ramai yang singgah ke blog KPZ. Minta maaf sekiranya sudah lama kami tidak membuat sebarang posting baru.
Sebagai permulaan 2016, kami ingin berkongsi dengan ibubapa diluar sana satu blog yang baru dilancarkan pada hari ini. Blog yang kami cadangkan ini merupakan blog yang menghasilkan kit DiY untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Sesuai dengan konsep yang sering diketengahkan oleh pihak KPZ, DIY In The Community mengeluarkan DITC Boxes yang lengkap untuk projek DIY.
DITC Boxes bukan sahaja memberi peluang untuk kanak-kanak melatih motor skills serta fokus minda mereka, ia juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Ibubapa pula tidak perlu mencari bahan-bahan untuk projek DIY sebaliknya DITC Boxes lengkap dengan bahan-bahan termasuklah gam.
DITC Boxes juga sesuai untuk dihadiahkan sebgai hadiah harijadi atau sebagai door gift ketika parti harijadi. Jangan lepaskan peluang anda kerana pihak DITC sedang mengadakan promosi untuk produk mereka.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila follow mereka di instagram: @ditc.my
atau anda juga boleh melayari blog mereka di wordpress: www.diyinthecommunity.wordpress.com
Bagi pihak KPZ pula, kami akan menyambung posting-posting yang terbaru untuk pembaca kami. Kami harap anda akan tetap setia. Bagi mereka yang menjual barangan harijadi atau membuat katering harijadi. Jemputlah meninggalkan komen supaya pembaca dapat menghubungi anda.
Sekian dari pihak KPZ. Selamat Tahun Baru!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)