Wednesday, December 28, 2011

KPZ mengucapkan Selamat Tinggal 2011 dan Selamat Datang 2012

Dari pihak KPZ, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca-pembaca yang masih memberi sokongan kepada blog ini walaupun saya seringkali kesuntukan masa untuk mengemaskini blog ini dengan posting-posting baru yang lebih menarik.

Walaubagaimanapun, saya amat berharap agar pada tahun 2012 saya akan mempunyai lebih masa untuk menyajikan posting yang lebih menarik dan lebih membantu ibubapa untuk merancang parti harijadi anak mereka.

Pihak KPZ amat mengalu-alukan pihak ibubapa untuk berkongsi bersama gambar parti harijadi bertema anak mereka bersama kami. Dengan ini saya berharap blog KPZ akan menjadi lebih rancak untuk kegunaan bersama.

Take care semua dan Selamat Tahun Baru!!!

Ikhlas dari KPZ

Saturday, September 24, 2011

Senarai Kedai Barangan Parti Harijadi

Topik kita pada kali ini adalah mengenai kedai barangan yang perlu disediakan pada parti harijadi. Persolan ini telah dimajukan oleh Puan Nieza dari Kuantan dan pihak KPZ akan cuba memberi beberapa cadangan untuk mempermudahkan proses pencarian bagi pihak ibubapa.

Untuk permulaan kita haruslah mengkategorikan barangan yang diperlukan. Ia terdiri daripada berikut;

1. Barangan perhiasan parti harijadi.
2. Barangan untuk dijadikan "giveaways atau party packs"
3. Barangan yang dijadikan sebgai hadiah permainan.

Barangan perhiasaan parti harijadi boleh didapati dimana-mana sekiranya anda adalah seorang kreatif, kedai serbaneka seperti 100yen shop, Daiso, 1.99 shop adalah tempat yang dapat memberi pelbagai barangan murah yang boleh digunakan untuk memenuhi 3 kategori diatas. Walaubagaimanapun, ia tidak menyediakan barangan yang dianggap "sedondon" atau mengikut tema parti yang diadakan.

Selain daripada kedai serbaneka diatas, gedung-gedung besar juga mempunyai koleksi parti yang menarik seperti di Parkson, Jusco, Metrojaya, Isetan juga gedung permainan Toys R Us. 

Kedai Khas atau Party Shop merupakan tempat dimana ibubapa dapat pilihan yang lebih menarik dan barangan yang didapati disitu boleh memenuhi keprluan ketiga-tiga kategori yang disenaraikan diatas. Kedai ini juga menyediakan pelbagai perkhidmatan sewaktu parti harijadi seperti face painting, magician, clown dan sebagainya.. Disini saya memberi senarai kedai yang boleh dilawati atau dihubungi.

Party Heaven -  Taman Melawati, Kuala Lumpur
www.facebook.com/pages/Party-Heaven/197195406981563?v=info

Party Gadget - Berjaya Timesquare, KL
www.facebook.com/pages/PARTY-GADGET/108766160711

Ballon Buzz - Ampang, PJ, Bangsar, Shah Alam, Kota Damansara
www.balloonbuzz.com

Party Shop - Subang Jaya
www.partyshop.com.my

Bugs Party - Skudai, Taman Pelangi Johor
www.bugsparty.com

Party Shop Malaysia - Karamunsing Sabah
www.partyshopmalaysia.com

Party Paradise Shop  - Subang Jaya
www.partyparadiseshop.com

Party World - Ikano Centre, Mutiara Damansara

Ai Party n Toys Shop - online only
aipartyntoys.blogspot.com

Updated 5th June 2012
KrakerBox - Facebook and www.krakerboxparty.blogspot.com


Untuk cadangan hadiah harijadi istimewa sila layari www.diyinthecommunity.wordpress.com atau follow ig mereka  @ditc.my. 

Tuesday, July 12, 2011

Menu Pilihan Parti Harijadi

Memilih menu harijadi kadang-kadang boleh memeningkan kepala. menu untuk jamuan harijadi sering menjadi tumpuan sekiranya parti harijadi diadakan untuk kaum keluarga dimana kita harus mengambilkira bukan sahaja makanan kegemaran kanak-kanak malah makanan untuk orang dewasa.

Selain daripada  itu, adalah penting untuk memastikan makanan adalah sesuai untuk waktu parti dijalankan dan kadangkala kita juga mesti prihatin terhadap golongan yang mungkin hanya memakan makanan "vegetarian"'.

Dibawah adalah senarai juadah yang sesuai dijamu mengikut waktu-waktu yang tertentu.

12tengahari - 3 petang.
Tuan rumah yang mengadakan jamuan harijadi pada waktu ini haruslah menghidangkan makanan yang agak berat kerana ia merupakan waktu makan tengahari.Makan yang berasaskan beras sering menjadi perhatian kerana ia merupakan makanan berat yang sesuai untuk makan tengahari dan sekira ramai tetamu dewasa yang dijangka hadir. 

Nasi Tomato
Nasi Ayam
Nasi Beriyani
Nasi Dagang
Mee Kari
Pizza

Ayam Goreng KFC bersama coleslaw and mashed potato.

3petang - 6.30 petang
Jika majlis diadakan pada waktu ini, cukuplah dengan hidangan yang ringan. Sekiranya tetamu dewasa tidak ramai memadailah untuk menghidangkan makanan finger food  seperti sandwich, cocktail sausage, nuggets and chicken ball. Antara menu lain yang sesuai adalah seperti berikut.
Bihun
Mee Goreng
Spaghetti Bolognaise
Spaghetti Goreng
Lasagna .
Roti Jala
Satay
Makaroni bakar
BBQ Menu - Ayam, Sausage, Burgers dan sebagainya.

Selain dari tetamu dewasa atau kanak-kanak, menu juga boleh disuaikan dengan tema. Contohnya, sekira anda melakukan parti bertema beach, hidangan hot dog dengan segala macam side ingredients adalah sangat menarik.

Antara makanan lain yang perlu difikirkan adalah pencuci mulut ataupun dessert. Antara dessert atau makanan manis yang biasa dihidangkan adalah berikut;

Puding Manis
Agar-agar atau jeli
Pelbagai jenis tart seperti cheese, fruit atau egg tart.
Bubur atau Pengat Manis juga boleh dihidangkan.
Cream Puff
Donut
Buah-buahan

Semua ini adalah cadangan sahaja, terlalu banayak makanan lain yang boleh disenaraikan. Yang paling penting cara anda menghidangkan makanan tersebut untuk menaikkkan lagi seri majlis tersebut. Anda tidak perlu berbelanja banyak untuk mendapatkan bekas atau mangkuk yang sesuai diwaktu majlis. And hanya perlu kreatif dengan cara hidangan.

Sekiranya anada ada cadangan atau gambar makan diwaktu majlis harijadi, jangan lupa kongsikan bersama kami di KPZ.





Untuk cadangan hadiah harijadi istimewa sila layari www.diyinthecommunity.wordpress.com atau follow ig mereka  @ditc.my. 

Friday, May 20, 2011

Parti Harijadi Bertema Bola Dan Kembar Famous

Sebelum saya meneruskan posting minggu ini, saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada pelawat-pelawat KPZ yang telah banyak memberi pandangan serta meminta pendapat dari pihak KPZ. Sumbangan idea serta pandangan anda sangat kami hargai.

Posting kali ini adalah buat Puan Mimi yang akan menyambut harijadi putera beliau akhir bulan May ini. Maaf sekiranya posting ini agak lambat sedikit.
Si kembar berdua ni memang sangat famous dan begitu comel sekali, maka tidak hairanlah sekiranya anak Puan meminati mereka.. Kalau diperhatikan, warna tema yang boleh digunakan untuk parti ini adalah warna kuning dan warna biru iaitu mengikut tema baju kembar. Dan untuk memeraihkan lagi parti ini, saya cadangkan tema bola diselitkan sekali.

Hiasan dinding bolehlah mengunakan gambar sikembar seperti diatas tetapi jangan lupa mencetak gambar anak puan dan diletakkan diantara kedua-dua gambar tersebut. Tentu anak puan akan gembira .Ini bolehlah diselang-selikan dengan baju jersey bola yang diperbuat dari kertas warna seperti contoh keychain dibawah ini. Selain memkaikan jersey bola pilihan untuk anak Puan pada parti ini nanti, Puan juga boleh menyarankan agar jemputan parti hadir memakai baju jersey bola untuk memeriahkan lagi suasana. 



Pelbagai kek mengikut kedua-dua tema ini berada dipasaran termasuk cupcakes dan juga biskut . Disini saya sertakan URL yang mempunyai idea serta contoh-contoh untuk puan dapatkan idea.Gambar kek dibawah adalah untuk parti harijadi yang pernah kami adakan.

http://kaoricake.com.my/blog/2009/07/im-upin-ipins-fan/
https://picasaweb.google.com/dianadelight.profiles/UpinIpin#


  

Permainan yang disarankan dan sesuai dimainkan tanpa mengikut usia adalah permainan bola kertas. Gumpalkan kertas suratkhabar sehingga membentuk bentuk bola dan dicatkan warna biru dan kuning. Walaupun anak puan seorang yang pemalu, saya yakin di akan teruja untuk turut serta. Gantungkan juga bola-bola ini sebagai hiasan.Stiker si kembar ini juga senang didapati dan boleh dilekat di atas bola-bola kertas ini.

Saya harap cetusan idea dari pihak KPZ dapat membantu Puan Mimi dalam perancangan partiharijadi anak Puan.

Saturday, April 23, 2011

PARTI RAMA-RAMA


Puan Syah ada menghantar email untuk mendapatkan idea untuk parti harijadi anak perempuannya. Terlalu banyak idea yang ingin saya cadangkan tetapi yang saya amat gemari untuk kanak-kanak perempuan adalah parti bertema rama-rama. Tema ini begitu sinonim dengan tema alam semulajadi maka pelbagai warna boleh di gandingkan dengan tema ini.

Tema ini amat bersesuaian sekiranya dapat diraikan di taman ataupun perkarangan rumah yang mempunyai pokok-pokok ataupun bunga-bunga didalam pasu.

Untuk kostum, Puan Syah boleh membuat sendiri  rama-rama dari kadbod dan meletakkan dua gelung tali untuk disangkut ke bahu. Ia juga boleh didapati di kedai-kedai serbaneka pada harga yang berpatutan dan seringkali dipakejkan bersama denga mahkota plastik yang boleh diletak diatas kepala.

Untuk hiasan saya cadangkan Puan Syah untuk menggunting pelbagai saiz rama-rama kertas. Untuk kepingan yang besar, boleh juga ditampalkan keatas kadbod dari kotak-kotak berlebihan sebelum di lipat kepaknya dan di letakkan diatas pokok-pokok bunga atau dimana sesuai. Rama-rama juga boleh dilekatkan kepada batang lidi agar boleh dihias diatas meja hidangan. Dibawah adalah salah satu site yang menunjukkan cara-cara membuat hiasan rama-rama.

http://familycrafts.about.com/od/paperplatecrafts/ss/ppbutterfly.htm

Untuk hidangan, cupcakes yang dibuat atau ditempah juga boleh dihiasi dengan dekorasi berbentuk rama-rama. Hiasan cupcakes yang paling mudah adalah dengan menggunakan ising putih dan menggunakan beberapa perwarna untuk piping gel yang akan dihias diatas cupcakes tersebut. Sekiranya puan ingin lebih kelainan, puan juga boleh menempah deko cookies yang berbentuk rama-rama.

Adalah lebih anggun sekiranya tema rama-rama ini digabungkan dengan warna-warna kegemaran kana-kanak perempuan iaitu warna pink atau purple.

Saya mengucapkan selamat mencuba. Sekiranya ingin lebih idea, posting KPZ bertajuk "Fairy Girl" juga boleh dijadikan rujukan.  

POSTING PILIHAN: SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERTAMA KHALED.

Saya amat teruja apabila melihat gambar-gambar yang dihantar oleh mama Khaled. Khaled amat bertuah mempunyai mama yang begitu kreatif. Selain dari mengambil tema pinwheel yang telah dicadangkan, mama Khaled juga telah membuat persiapan lain yang begitu kreatif dan boleh dikongsi bersama dengan para ibubapa yang lain. Terima Kasih kerana berkongsi gambar dengan KPZ.






Wednesday, March 30, 2011

PARTI BERTEMA "FAIRY GIRL"

Kami di KPZ telah mengadakan parti bertema Fairies untuk seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun. Ia diadakan di perkarangan rumah dan merupakan jamuan kecil yang diadakan dengan bilangan tetamu yang terhad.Parti ini dianjurkan untuk kenalan terdekat sahaja kerana "Birthday Girl" merupakan seorang yang pemalu. Walaubagaimanapun, parti berjalan lancar dengan aktiviti dan dekorasi yang menarik dan menimbulkan suasana seperti di taman "fairy". Meja dihias agar semua jemputan kecil yang hadir dapat duduk bersama untuk menikmati juadah.

Disebabkan "Birthday Girl" masih kecil, aktiviti adalah agak bebas dan suasana telah dihidupkan dengan susun atur meja jamuan serta hiasan berasaskan fairies. Dengan bilangan kanak2 yang sedikit, kami dapat menyediakan party favors yang mengandungi pelbagai barang permainan.

Perbelanjaan adalah terhad dimana kebanyakan hiasan yang ada merupakan "DIY projects" yang boleh dilakukan sendiri dan ini termasuklah kek harijadi untuk "Birthday Girl". Untuk mendapatkan suasana didalam hutan, kami telah menggunakan daun2 plastik yang digantung dari siling dan menjurai kebawah (boleh dibeli dikedai-kedai serbaneka) , di selang seli dengan crepe paper berwarna hijau (kedai alat tulis). kami juga telah menggantungkan gambar "fairy tinkerbell" serta gambar bunga yang telah dilekatkan kepada foam tebal. Minuman mineral yang diberikan kepada kanak-kanak telah dilabelkan dengan nama masing-masing untuk mendapat sentuhan personal.

Yang penting, jamuan itu begitu menghiburkan dan bajet dan keadaan masih terkawal. Dan lihatlah muka gembira "Birthday Girl"...





Tuesday, February 22, 2011

PARTI BERTEMA: PINWHEEL


Seorang Ibu yang akan menyambut 1st Birthday anak lelakinya pada bulan April ini telah menanyakan idea yang sesuai untuk anaknya . Saya harap cadangan saya ini telah merangkumi apa yang Puan inginkan. Terima Kasih kerana meminta cadangan saya dan selamat merancang.

Cadangan saya merupakan parti bertema berasaskan obsesi anak puan melihat benda yang berpusing seperti kipas. Tema yang dicadangkan adalah pinwheel theme party. Pinwheel juga dikenali sebagai permainan kincir angin.
Parti Tema Pinwheel berasaskan alat permainan pinwheel yang akan bergerak apabila ditiup angin. Ia tentu akan menarik minat anak puan dan ia dapat digunakan sebagai dekorasi di majlis harijadi nanti. Pinwheel dapat dibeli di kedai-kedai serbaneka dan juga dipasar-pasar malam. Terdapat pelbagai jenis pinwheel yang dijual, ada yang plastik, kertas , kain dan juga kertas shiny. Walau apapun pastikan Puan dapat mencari pinwheel yang biru atau putih untuk menepati warna tema.

Selain dari membeli pinwheel di pasaran, Puan juga boleh membuat pinwheel sendiri. Keistimewaan membuat pinwheel adalah:
  •  Kepuasan melihat hasil tangan sendiri untuk sambutan harijadi anak.
  • Mengurangkan bajet sekiranya ingin membeli dengan jumlah yang banyak
  • Mendapatkan warna yang sedondon untuk menepati tema warna.
Disini saya sertakan URL cara-cara membuat pinwheel, tetapi Puan juga boleh search untuk site lain dengan kata kunci " How to make Pinwheel", " Cara Membuat Pinwheel", "Cara Membuat Permainan Kincir Angin".

http://www.wikihow.com/Make-a-Pinwheel

http://www.ayahbunda.co.id/Artikel/Balita/Bermain+dan+Permainan/membuat.mainan.kincir.angin/001/003/221/21/2



Dibawah adalah sedikit cadangan untuk puan:

Kad Jemputan.

Kad jemputan boleh ditempah atau dilakukan sendiri. Sekiranya ingin membuat sendiri, jadikan tema warna sebagai pemilihan kertas untuk kad dan sebagai "hint" kepada tetamu yang bakal datang, lekatkan pinwheel origami dibahagian hadapan kad. Sungguh mudah dan kemas. Contoh-contoh kad boleh didapati di site berikut:

http://www.thepaperchic.com/cards/happy-birthday-pinwheel-card/

http://www.etsy.com/listing/65442233/pinwheel-invitation



Hiasan.

  • Pinwheel statik pelbagai saiz yang dilekatkan di dinding rumah.  
  • Pinwheel bergerak pelbagai saiz yang dimasukkan kedalam gelas tinggi, pasu tinggi atau dicucuk di foam. Pinwheel ini seharusnya digerakkan dengan memasang kipas untuk mendapatkan udara apabila didalam rumah.
  • 2 Pinwheel bergerak bersaiz besar untuk menyambut tetamu yang hadir.
     
Puan juga boleh mendapatkan idea pinwheel ini dari URL dibawah:

 

  
Makanan/Minuman.

Selain dari makanan berat yang dirancang, Puan dapat mempelbagaikan jamuan puan dengan makanan-makanan ringan yang mengikut tema warna biru putih seperti;
  •  Apam Blossom warna putih berbintik biru atau warna biru berbintik putih. Ramai yang sudah pandai membuat apam blossom (google sahaja) tapi pastikan yang Puan pilih adalah berdekatan dengan rumah Puan.

  • Cupcakes yang mempunyai hiasan biru putih. Sebenarnya agak mudah membuat cupcakes sendiri sekiranya Puan mempunyai oven. Pastikan puan menggunakan buttercream putih dengan hiasan buttercream atau gel piping berwarna biru. Gel piping boleh didaptkan dikedai barangan kek seperti bagus dan sebagainya. Puan juga boleh mencucuk pinwheel kecik kedalam cupcakes ini untuk hiasan.

  • Dadih blueberi yang juga boleh dibuat sendiri. Ia boleh dijadikan sebagai buahtangan atau untuk dimakan di majlis.

     
  • Blueberri Cheese Tart. Pastikan filling blueberi itu dipusingkan atas cheesetart untuk mendapat efek pinwheel.

     
Sekiranya Puan menggunakan khidmat catering untuk makan, pastikan mereka memberi pinggan dan cawan berwarna biru atau putih tetapi sekiranya Puan ingin menggunakan pinggan kertas dan sudu/ garfu plastic pastikan ia berwarna putih atau biru. Putih lebih senang dicari kalau dibandingkan dengan biru .