Saturday, June 9, 2012

PARTI BERTEMA"POLKADOTS" ATAU "LADYBIRD"

Idea parti bertema yang ingin KPZ kongsikan kali ini adalah tema Polka-Dots.Diharap ia dapat membantu Puan Lynn dari Putrajaya untuk merancang parti harijadi anaknya pada bulan Julai nanti.

Tema polka-dots merupakan tema yang sangat comel terutamanya untuk kanak-kanak yang masih kecil. Polka dots boleh dikaitkan dengan kumbang "ladybird" dimana warna merah hitam boleh menjadi warna tema majlis atau warna- warna pastel yang lain. Untuk memeriahkan lagi suasana dimajlis, sampaikan kepada tetamu bahawa tema adalah polka dots dan sekiranya mereka boleh hadir memakai pakaian bercorak polka dots yang juga senang didapati. Baju "birthday girl" girl dibawah adalah bertema polka dots hitam dengan background merah. 

Untuk hiasan, pastikan anda mempunyai sticker label yang berbentuk bulat pelbagai warna dan saiz yang boleh didapati di kedai-kedai alat tulis. Sekiranya anda mempuyai masalah untuk mencari belon, kain lapik meja  yang mempunyai corak polka-dots atau harga belon seperti itu agak mahal, lekatkan saja sticker-sticker tadi di atas belon, kain lapik meja dan juga boleh dilekatkan di baju.






 

Pinggan kertas pelbagai warna asas juga boleh digantungkan sebagai happy birthday banner. agak sukar untuk mendapat pinggan sebegini yang murah tapi mungkin ada di pasara Giant atau Cold Storage.




Untuk makanan sampingan bolehlah disajikan makanan yang berbentuk bulat seperti bebola daging dengan sos prego asli, donut kecil bulat , apam polka dot dan air botol bolehlah dihias dengan label sticker yang dibuat sendiri seperti air fanta strawberry di bawah ini. 




Untuk anak yang kecil saya tidak sarankan sebarang permainan sebaliknya anda bolehlah menyiapkan satu meja yang diletakkan pensel mewarna dan pelbagai buku mewarna kecil yang boleh diberikan untuk tetamu kecil yang hadir.

Saya harap cadangan saya diatas ini dapat memberi cetusan idea untuk Puan Lynn merancang parti harijadi anak. Selamat merancang.

Sunday, March 11, 2012

PARTI BERTEMA "BARBIE IN PARIS"

Posting kali ini adalah untuk parti bertema Barbie in Paris. Perancangan diadakan dua bulan lebih awal agar hiasan dapat dilakukan mengikut konsep DIY.

Kad jemputan dibuat sendiri dengan bentuk tas tangan comel berwarna merah jambu. Pelekat berbentuk bintang dilekatkan diluar beg sebaliknya pelekat berbentuk cermin mata, gincu, sikat dan sebagainya dihias di dalam beg.




Hiasan tediri daripada laluan karpet merah, pentas kecil untuk mengambil gambar, poster gergasi baju, kasut, menara eiffel dan juga pinata berbentuk anjing putih.


Makanan yang disajikan diletakan food label yang dicetak sendiri. Bungkusam makanan, air serta coklat juga  dibuat sendiri. Selain dari makan petang, tetamu juga dihidangkan dengan candy buffet. Candy buffet ini merupakan projek DIY dan kertas coklat yang dihias, diberikan tetamu untuk menyimpan candy pilihan mereka.
 Selain membawa balik candy yang dipilih dari buffet, tetamu juga telah dihadiahkan "pet" untuk dipelihara.
Nampak menarik bukan? Yang lebih menarik adalah semua hiasan dan makanan adalah hasil DIY. Walaupun penat tetapi ia memberikan kepuasan serta merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kerana untuk menghasilkan setiap hiasan, pihak ibubapa boleh melakukan bersama-sama anak-anak atau ahli keluarga yang lain.

Selamat merancang untuk parti harijadi yang seterusnya dari pihak kami di KPZ.

Friday, March 2, 2012

Idea Parti Upin Ipin

Salam Sejahtera.

Pihak KPZ telah banyak menerima pertanyaan serta maklumbalas daripada ibubapa mengenai anak-anak mereka yang gemarkan kartun Upin & Ipin. Antara masalahnya ialah apabila mereka ingin menyesuaikan Upin&Ipin dengan parti harijadi anak perempuan mereka.

Salah satu cara untuk menonjolkan anak-anak anda adalah dengan meletakkan nama anak disetiap poster  Upin & Ipin. Contohnya : Sambutan Harijadi Melissa Bersama Upin & Ipin. Tema biru serta kuning masih boleh dikekalkan.Sekiranya anda membuat kek harijadi bolehlah dibuat edible sticker dimana gambar anak anda disertakan bersama-sama gambar Upin&Ipin.

Pihak KPZ ingin berkongsi gambar-gambar yang didapati dari blog-blog di Malaysia. Disini saya sertakan juga URL blog tersebut supaya kalau ada yang interested nak tempah kek, biskut atau coklat bolehlah berhubung terus dengan pemilik blog.





http://loveliana-online.blogspot.com


http://lovelysweetcottage.blogspot.com

 KPZ juga mencadangkan tema biru kuning itu diselitkan dalam pilihan menu. Contohnya untuk mendapatkan air kuning atau biru, campurkan sprite atau7-up dengan warna tersebut. Warna kuning juga boleh didapati daripada kordial limau mandarin. 

 Agar-agar juga boleh mengunakan warna-warna tersebut. Dimana sesetengah serbuk jeli sudah mempunyai warna-warna tersebut tanpa perlu campuran warna.


Antara hiasan yang boleh dilakukan adalah pom-pom tisu yang boleh dibuat sendiri. car membuatnya adalah sangat mudah. Sila pergi ke URL ini ye http://www.youtube.com/watch?v=IhOECo-Ky-w


Pihak KPZ amat berharap sekiranya posting kali ini telah  dapat memberi cetusan idea untuk pembaca KPZ terutamanya Puan Haini dari Melaka. Selamat merancang dari kami di KPZ.

Saturday, January 7, 2012

Permainan @ Games untuk Parti Kanak kanak

Untuk pengetahuan ibubapa, games merupakan nadi untuk memsatikan kanak-kanak terhibur di majlis harijadi. Kanak-kanak gets bored easily jadinya kita kena pastikan ada saja aktiviti untuk mereka selama 2 jam- 3 jam mereka berada di majlis selain dari menjamah juadah.

Semuanya bergantung kepada umur dan juga tema pada hari tersebut but for a start apa kata kita mula dengan aktiviti apabila mereka sampai ke rumah anda.

Welcoming Activities;

1. Adakan sebuah buku (guest register) dimana para jemputan yang hadir dapat menulis ucapan untuk tanda ingatan. Sediakan glitter pen, stamp pad set untuk rekaan tersebut.


2. Sediakan sebuah meja kecil dan khaskan seseorang untuk menjaga urusan dimeja tersebut samada untuk teka gula-gula/coklat dalam balang, memberi guest sand art untuk dilakukan sambil menunggu aktiviti utam dijalankan, membuat face paint atau melekatkan stiker sementara di pipi, tangan dan sebagainya. Untuk kanak-kanak kecil boleh juga di berikan krayon dan kertas untuk menconteng dan sebagainya.


Permainan Utama.
Setelah mereka makan dan sementara menunggu acara kemuncak iaitu memotong kek, kanak-kanak bolehlah diajak untuk bermain aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan umur mereka. Antara aktiviti atau permainan yang dicadangkan adalah seperti berikut;

1. Musical Chair atau Passing the Box. Permainan ini agak serupa dimana lagu merupakan ingredient utamanya. Sekiranya anda mempunyai kerusi yang banyak boleh dilakukan musical chair. Pada setiap pusingan pastikan bilangan kerusi adalah kurang dari bilangan kanak-kanak. Hanya mereka yang dapat duduk akan mara ke pusingan yang seterusnya. (Gunakan kertas yang dilekatkan dilnatai sekiranya anda ingin kawasan yang lebih luas)





Untuk permainan passing the box, anda boleh membuat pelbagai cara samada sesiapa yang memegang kotak tersebut akan keluar dari permainan atau pemegang akhir kotak tersebut akan mendapat hadiah. 

2. Untuk kanak-kanak kecik mereka amat teruja dengan permainan yang meniru aksi seperti Simon Says. Pastikan ada yang boleh menjadi Mr Simon untuk aktiviti ini.

3. Treasure Hunt juga seronak dimana anda bolehlah sorokkan berapa Syiling Emas (Boleh dilukis diatas kertas yang agak sederhana besar dan dihias) yang boleh ditukarkan kepada hadiah.

4. Anda juga boleh menutup mata kanak-kanak dan menyuruh mereka melekatkan sesuatu objek untuk melengkapkan poster yang besar. Tandakan pada poster, nama anak tersebut setelah mereka selesai dan objek yang paling dekat atau tepat pada sasaran akan memenangi permainan tersebut. (contoh dibawah dimana kanak-kanak disuruh untuk melekatkan penutup mata pirate diatas poster tengkorak itu)



5. Untuk parti tema selalunya ada ibubapa yang ingin menyediakan 'pinata' mengikut tema, dimana gula-gula akan diisi didalam pinata tersebut. Pinata akan dipukul oleh kanak-kanak mengikut giliran sehinggalah ia pecah dan gula-gula akan keluar sambil dikutip oleh kanak-kanak dengan gembira. 
  
Akhir sekali ingin saya ingatkan lagi bahawa kemuncak majlis adalah apabila memotong kek. Pastikan permainan dilakukan sebelum acara kemuncak ini dan dihabiskan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum majlis dijangka berakhir. 30 atau 45 minit terakhir majlis adalah untuk upacara potong kek. Setelah makan kek selalunya bolehlah diberikan parti goodies untuk menandakan majlis berakhir dan tetamu akan mula beredar balik.

Diharap posting pada kali ini akan memberi cetusan idea untuk para ibubapa dan idea yang lebih baik dapatlah dibincangkan bersama ahli keluarga yang akan membantu nanti.


Jumpa Lagi !!!

Wednesday, December 28, 2011

KPZ mengucapkan Selamat Tinggal 2011 dan Selamat Datang 2012

Dari pihak KPZ, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca-pembaca yang masih memberi sokongan kepada blog ini walaupun saya seringkali kesuntukan masa untuk mengemaskini blog ini dengan posting-posting baru yang lebih menarik.

Walaubagaimanapun, saya amat berharap agar pada tahun 2012 saya akan mempunyai lebih masa untuk menyajikan posting yang lebih menarik dan lebih membantu ibubapa untuk merancang parti harijadi anak mereka.

Pihak KPZ amat mengalu-alukan pihak ibubapa untuk berkongsi bersama gambar parti harijadi bertema anak mereka bersama kami. Dengan ini saya berharap blog KPZ akan menjadi lebih rancak untuk kegunaan bersama.

Take care semua dan Selamat Tahun Baru!!!

Ikhlas dari KPZ

Saturday, September 24, 2011

Senarai Kedai Barangan Parti Harijadi

Topik kita pada kali ini adalah mengenai kedai barangan yang perlu disediakan pada parti harijadi. Persolan ini telah dimajukan oleh Puan Nieza dari Kuantan dan pihak KPZ akan cuba memberi beberapa cadangan untuk mempermudahkan proses pencarian bagi pihak ibubapa.

Untuk permulaan kita haruslah mengkategorikan barangan yang diperlukan. Ia terdiri daripada berikut;

1. Barangan perhiasan parti harijadi.
2. Barangan untuk dijadikan "giveaways atau party packs"
3. Barangan yang dijadikan sebgai hadiah permainan.

Barangan perhiasaan parti harijadi boleh didapati dimana-mana sekiranya anda adalah seorang kreatif, kedai serbaneka seperti 100yen shop, Daiso, 1.99 shop adalah tempat yang dapat memberi pelbagai barangan murah yang boleh digunakan untuk memenuhi 3 kategori diatas. Walaubagaimanapun, ia tidak menyediakan barangan yang dianggap "sedondon" atau mengikut tema parti yang diadakan.

Selain daripada kedai serbaneka diatas, gedung-gedung besar juga mempunyai koleksi parti yang menarik seperti di Parkson, Jusco, Metrojaya, Isetan juga gedung permainan Toys R Us. 

Kedai Khas atau Party Shop merupakan tempat dimana ibubapa dapat pilihan yang lebih menarik dan barangan yang didapati disitu boleh memenuhi keprluan ketiga-tiga kategori yang disenaraikan diatas. Kedai ini juga menyediakan pelbagai perkhidmatan sewaktu parti harijadi seperti face painting, magician, clown dan sebagainya.. Disini saya memberi senarai kedai yang boleh dilawati atau dihubungi.

Party Heaven -  Taman Melawati, Kuala Lumpur
www.facebook.com/pages/Party-Heaven/197195406981563?v=info

Party Gadget - Berjaya Timesquare, KL
www.facebook.com/pages/PARTY-GADGET/108766160711

Ballon Buzz - Ampang, PJ, Bangsar, Shah Alam, Kota Damansara
www.balloonbuzz.com

Party Shop - Subang Jaya
www.partyshop.com.my

Bugs Party - Skudai, Taman Pelangi Johor
www.bugsparty.com

Party Shop Malaysia - Karamunsing Sabah
www.partyshopmalaysia.com

Party Paradise Shop  - Subang Jaya
www.partyparadiseshop.com

Party World - Ikano Centre, Mutiara Damansara

Ai Party n Toys Shop - online only
aipartyntoys.blogspot.com

Updated 5th June 2012
KrakerBox - Facebook and www.krakerboxparty.blogspot.com


Untuk cadangan hadiah harijadi istimewa sila layari www.diyinthecommunity.wordpress.com atau follow ig mereka  @ditc.my. 

Tuesday, July 12, 2011

Menu Pilihan Parti Harijadi

Memilih menu harijadi kadang-kadang boleh memeningkan kepala. menu untuk jamuan harijadi sering menjadi tumpuan sekiranya parti harijadi diadakan untuk kaum keluarga dimana kita harus mengambilkira bukan sahaja makanan kegemaran kanak-kanak malah makanan untuk orang dewasa.

Selain daripada  itu, adalah penting untuk memastikan makanan adalah sesuai untuk waktu parti dijalankan dan kadangkala kita juga mesti prihatin terhadap golongan yang mungkin hanya memakan makanan "vegetarian"'.

Dibawah adalah senarai juadah yang sesuai dijamu mengikut waktu-waktu yang tertentu.

12tengahari - 3 petang.
Tuan rumah yang mengadakan jamuan harijadi pada waktu ini haruslah menghidangkan makanan yang agak berat kerana ia merupakan waktu makan tengahari.Makan yang berasaskan beras sering menjadi perhatian kerana ia merupakan makanan berat yang sesuai untuk makan tengahari dan sekira ramai tetamu dewasa yang dijangka hadir. 

Nasi Tomato
Nasi Ayam
Nasi Beriyani
Nasi Dagang
Mee Kari
Pizza

Ayam Goreng KFC bersama coleslaw and mashed potato.

3petang - 6.30 petang
Jika majlis diadakan pada waktu ini, cukuplah dengan hidangan yang ringan. Sekiranya tetamu dewasa tidak ramai memadailah untuk menghidangkan makanan finger food  seperti sandwich, cocktail sausage, nuggets and chicken ball. Antara menu lain yang sesuai adalah seperti berikut.
Bihun
Mee Goreng
Spaghetti Bolognaise
Spaghetti Goreng
Lasagna .
Roti Jala
Satay
Makaroni bakar
BBQ Menu - Ayam, Sausage, Burgers dan sebagainya.

Selain dari tetamu dewasa atau kanak-kanak, menu juga boleh disuaikan dengan tema. Contohnya, sekira anda melakukan parti bertema beach, hidangan hot dog dengan segala macam side ingredients adalah sangat menarik.

Antara makanan lain yang perlu difikirkan adalah pencuci mulut ataupun dessert. Antara dessert atau makanan manis yang biasa dihidangkan adalah berikut;

Puding Manis
Agar-agar atau jeli
Pelbagai jenis tart seperti cheese, fruit atau egg tart.
Bubur atau Pengat Manis juga boleh dihidangkan.
Cream Puff
Donut
Buah-buahan

Semua ini adalah cadangan sahaja, terlalu banayak makanan lain yang boleh disenaraikan. Yang paling penting cara anda menghidangkan makanan tersebut untuk menaikkkan lagi seri majlis tersebut. Anda tidak perlu berbelanja banyak untuk mendapatkan bekas atau mangkuk yang sesuai diwaktu majlis. And hanya perlu kreatif dengan cara hidangan.

Sekiranya anada ada cadangan atau gambar makan diwaktu majlis harijadi, jangan lupa kongsikan bersama kami di KPZ.





Untuk cadangan hadiah harijadi istimewa sila layari www.diyinthecommunity.wordpress.com atau follow ig mereka  @ditc.my. 

Friday, May 20, 2011

Parti Harijadi Bertema Bola Dan Kembar Famous

Sebelum saya meneruskan posting minggu ini, saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada pelawat-pelawat KPZ yang telah banyak memberi pandangan serta meminta pendapat dari pihak KPZ. Sumbangan idea serta pandangan anda sangat kami hargai.

Posting kali ini adalah buat Puan Mimi yang akan menyambut harijadi putera beliau akhir bulan May ini. Maaf sekiranya posting ini agak lambat sedikit.
Si kembar berdua ni memang sangat famous dan begitu comel sekali, maka tidak hairanlah sekiranya anak Puan meminati mereka.. Kalau diperhatikan, warna tema yang boleh digunakan untuk parti ini adalah warna kuning dan warna biru iaitu mengikut tema baju kembar. Dan untuk memeraihkan lagi parti ini, saya cadangkan tema bola diselitkan sekali.

Hiasan dinding bolehlah mengunakan gambar sikembar seperti diatas tetapi jangan lupa mencetak gambar anak puan dan diletakkan diantara kedua-dua gambar tersebut. Tentu anak puan akan gembira .Ini bolehlah diselang-selikan dengan baju jersey bola yang diperbuat dari kertas warna seperti contoh keychain dibawah ini. Selain memkaikan jersey bola pilihan untuk anak Puan pada parti ini nanti, Puan juga boleh menyarankan agar jemputan parti hadir memakai baju jersey bola untuk memeriahkan lagi suasana. 



Pelbagai kek mengikut kedua-dua tema ini berada dipasaran termasuk cupcakes dan juga biskut . Disini saya sertakan URL yang mempunyai idea serta contoh-contoh untuk puan dapatkan idea.Gambar kek dibawah adalah untuk parti harijadi yang pernah kami adakan.

http://kaoricake.com.my/blog/2009/07/im-upin-ipins-fan/
https://picasaweb.google.com/dianadelight.profiles/UpinIpin#


  

Permainan yang disarankan dan sesuai dimainkan tanpa mengikut usia adalah permainan bola kertas. Gumpalkan kertas suratkhabar sehingga membentuk bentuk bola dan dicatkan warna biru dan kuning. Walaupun anak puan seorang yang pemalu, saya yakin di akan teruja untuk turut serta. Gantungkan juga bola-bola ini sebagai hiasan.Stiker si kembar ini juga senang didapati dan boleh dilekat di atas bola-bola kertas ini.

Saya harap cetusan idea dari pihak KPZ dapat membantu Puan Mimi dalam perancangan partiharijadi anak Puan.

Saturday, April 23, 2011

PARTI RAMA-RAMA


Puan Syah ada menghantar email untuk mendapatkan idea untuk parti harijadi anak perempuannya. Terlalu banyak idea yang ingin saya cadangkan tetapi yang saya amat gemari untuk kanak-kanak perempuan adalah parti bertema rama-rama. Tema ini begitu sinonim dengan tema alam semulajadi maka pelbagai warna boleh di gandingkan dengan tema ini.

Tema ini amat bersesuaian sekiranya dapat diraikan di taman ataupun perkarangan rumah yang mempunyai pokok-pokok ataupun bunga-bunga didalam pasu.

Untuk kostum, Puan Syah boleh membuat sendiri  rama-rama dari kadbod dan meletakkan dua gelung tali untuk disangkut ke bahu. Ia juga boleh didapati di kedai-kedai serbaneka pada harga yang berpatutan dan seringkali dipakejkan bersama denga mahkota plastik yang boleh diletak diatas kepala.

Untuk hiasan saya cadangkan Puan Syah untuk menggunting pelbagai saiz rama-rama kertas. Untuk kepingan yang besar, boleh juga ditampalkan keatas kadbod dari kotak-kotak berlebihan sebelum di lipat kepaknya dan di letakkan diatas pokok-pokok bunga atau dimana sesuai. Rama-rama juga boleh dilekatkan kepada batang lidi agar boleh dihias diatas meja hidangan. Dibawah adalah salah satu site yang menunjukkan cara-cara membuat hiasan rama-rama.

http://familycrafts.about.com/od/paperplatecrafts/ss/ppbutterfly.htm

Untuk hidangan, cupcakes yang dibuat atau ditempah juga boleh dihiasi dengan dekorasi berbentuk rama-rama. Hiasan cupcakes yang paling mudah adalah dengan menggunakan ising putih dan menggunakan beberapa perwarna untuk piping gel yang akan dihias diatas cupcakes tersebut. Sekiranya puan ingin lebih kelainan, puan juga boleh menempah deko cookies yang berbentuk rama-rama.

Adalah lebih anggun sekiranya tema rama-rama ini digabungkan dengan warna-warna kegemaran kana-kanak perempuan iaitu warna pink atau purple.

Saya mengucapkan selamat mencuba. Sekiranya ingin lebih idea, posting KPZ bertajuk "Fairy Girl" juga boleh dijadikan rujukan.  

POSTING PILIHAN: SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERTAMA KHALED.

Saya amat teruja apabila melihat gambar-gambar yang dihantar oleh mama Khaled. Khaled amat bertuah mempunyai mama yang begitu kreatif. Selain dari mengambil tema pinwheel yang telah dicadangkan, mama Khaled juga telah membuat persiapan lain yang begitu kreatif dan boleh dikongsi bersama dengan para ibubapa yang lain. Terima Kasih kerana berkongsi gambar dengan KPZ.






Wednesday, March 30, 2011

PARTI BERTEMA "FAIRY GIRL"

Kami di KPZ telah mengadakan parti bertema Fairies untuk seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun. Ia diadakan di perkarangan rumah dan merupakan jamuan kecil yang diadakan dengan bilangan tetamu yang terhad.Parti ini dianjurkan untuk kenalan terdekat sahaja kerana "Birthday Girl" merupakan seorang yang pemalu. Walaubagaimanapun, parti berjalan lancar dengan aktiviti dan dekorasi yang menarik dan menimbulkan suasana seperti di taman "fairy". Meja dihias agar semua jemputan kecil yang hadir dapat duduk bersama untuk menikmati juadah.

Disebabkan "Birthday Girl" masih kecil, aktiviti adalah agak bebas dan suasana telah dihidupkan dengan susun atur meja jamuan serta hiasan berasaskan fairies. Dengan bilangan kanak2 yang sedikit, kami dapat menyediakan party favors yang mengandungi pelbagai barang permainan.

Perbelanjaan adalah terhad dimana kebanyakan hiasan yang ada merupakan "DIY projects" yang boleh dilakukan sendiri dan ini termasuklah kek harijadi untuk "Birthday Girl". Untuk mendapatkan suasana didalam hutan, kami telah menggunakan daun2 plastik yang digantung dari siling dan menjurai kebawah (boleh dibeli dikedai-kedai serbaneka) , di selang seli dengan crepe paper berwarna hijau (kedai alat tulis). kami juga telah menggantungkan gambar "fairy tinkerbell" serta gambar bunga yang telah dilekatkan kepada foam tebal. Minuman mineral yang diberikan kepada kanak-kanak telah dilabelkan dengan nama masing-masing untuk mendapat sentuhan personal.

Yang penting, jamuan itu begitu menghiburkan dan bajet dan keadaan masih terkawal. Dan lihatlah muka gembira "Birthday Girl"...